Selasa, 10 Mac 2009

KONSERVASI

EKOLOGI (ECOLOGY)
Salah satu cabangdari biologi yang mencukupi sifat dan tabiat benda-benda hidup khususnya mengenai hubungannya dengan keadaan alam sekitarnya.

EKO SISTEM
Sebuah eko sistem ialah suatu tempat di mana banyak benda-benda hidup dan bekerja bersama. Tumbuhan-tumbuhan, binatang, tanah dan udara bergantung di antara satu dengan yang lain untuk kesihatan dan untuk terus hidup atau wujud (survival). Maka orang yang memasuki hutan belantara harus mengambil langkah-lagkah supaya tidak merosakkan persekitaran yang sedia ada.

AIR, TANAH DAN UDARA
Air merupakan unsur yang terpenting, tanpa air semua benda hidup akan musnah. Kawasan-kawasan hutan adalah punca sungai-sungai yang membekalkan air kepada manusia. Manusia memerlukan air yang bersih. Tanah adalah asas bagi kebanyakkan kehidupan. Kawasan hutan mengandungi tumbuhan-tumbuhan tua, batu yang halus, air dan udara. Tanpa ramuan-ramuan ini tumbuhan tidak akan hidup. Udara adalah penting bagi semua binatang yang bernafas dan tumbuhan yang menjadi jiran mereka.

TUMBUHAN-TUMBUHAN DAN BINATANG
Tumbuh-tumbuhan merupakan tempat penginapan, tempat memperolehi makanan dan tempat berteduh untuk benda hidup yang lain. Tumbuh-tumbuhan menahan air dari mengalir cepat, memulihkannya pada udara dan masih menentukan tanah segar dan dapat didiami oleh binatang-binatang. Rumput rampai yang kecil dan pokok-pokok besar dan tinggi adalah sama penting. Binatang-binatang adalah bergantung banyak sekali pada bahagian eko sistem yang lain dan akan mula-mula meninggalkan satu kawasan hutan apabila manusia tiba di situ. Pada lazimnya binatang-binatang bergantung antara satu dengan yang lain untuk makanan. Bayangkan apa yang akan terjadi apabila manusia masuk ke hutan dan binatang-binatang meninggalkan hutan.

PERJALANAN DALAM HUTAN BELANTARA
Eko sistem yang begitu getir atau tidak teguh dapat dipelihara sekiranya orang-orang yang memasukinya ingat kepada beberapa petua yang mudah. Apabila masuk hutan jalanlah mengikut rentisan. Keluar dari rentisan, terutama apabila rintisan itu berliku-liku. Adalah cara yang senang sekali untuk merosakkan ekosistem dan menyebabnya berlakunya hakisan tanah dan parit-parit. Ini akan mencemarkan anak-anak sungai dan membunuh tumbuhan.

MEMBUANG SAMPAH
Membawa keluar semua sampah yang di bawa masuk. Junlah berat sampah yang anda bawa keluar Cuma 1/10 jumlah berat yang anda pikul semasa masuk ke dalam hutan. Tanamkan najis gali lubang sedalam 13cm atau 8 inci untuk lelabur. Selepas itu tutup semula dengan tanah dan biarlah tempatnya kira-kira 30 meter dari sumber air.

API
Dalam kawasan-kawasan hutan belantara tumbuhan-tumbuhan pada lazimnya membesar dengan perlahan. Perbuatan membakar bahan-bahan kayu akan musnahkan makanan tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam tanah. Abu dari api boleh mencemarkan sugai-sungai, tasik-tasik dan tapak perkhemahan serta membunuh banyak benda-benda hidup yang disentuh olehnya. Gunakan dapur yang kecil untuk memasak.

MASUK
Minyak dan toxin yang keluar dari badan anda semasa mandi boleh memberhayakan benda-benda hidup dalam air. Mandilah jauh dari tasik dan anak-anak sungai. Basuhlah pingan mangkuk jauh dari tebing sungai dan tepi pantai. Air yang kotor hendaklah dibuang dalam lubang yang digali khas.

TAPAK PERKHEMAHAN
Jangan gali atau meratakan tapak perkhemahan anda. Apa sahaja anda mengalih cuba menggantikannya. Mendiri khemah jauh dari tebing sungai atau dari tepi tasik.

HUTAN BELANTARA MEMERLUKAN SEORANG RAKAN
Anda diminta menyuarakan suara hutan dan mengajar orang lain supaya lebih berhati. Membantunya dengan mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh orang lain. Anda diminta bertindak sebagai seorang doktor peribadi, hutan belantara dan bantu menyembuhkan parut-parut yang dilakukan oleh orang lain.

JIRAN DALAM HUTAN BELANTARA
Apabila berkhemah sebelah khemah orang lain, bertimbang rasalah selalu. Bunyi bising mengganggu binatang-binatang dan manusia. Hutan belantara adalah sebuah tempat di mana anda harus Cuma mendengar. Kecantikan alam sumulajadi kami cuam dapat dipelihara melalui pemikiran, timbang rasa dan tindakan individu-individu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan