1. Mula-mula telitikan peta dan gambar-gambar untuk mencari tanda-tanda panduan yang mustahak seperti:
a. ALIRAN TANAH .Kearah manakah banjaran merintangi? Adakah boleh diikut
banjaran ataupun adakah perlu dilintasi banjaran itu?Jika perlu dilintasi, apakah
jalan yang baik yang harus diikuti?
b. BATAS AIR ( WATER SHEDS ).Bolehkah batas air yang kurang semak dugunakan
semasa perjalanan.Jika boleh, adakah tenaga yang akan digunakan untuk memanjat
pematang ini, menguntungkan seterusnya senang sahaja.
c. ALIRAN SUNGAI.Kemanakah haluan aliran air yang utama.Sungai-sungai adalah
panduan yang penting untuk mencari arah dan untuk mengukur jarak yang telah di
dilalui.Yang menjadi masalah ialah, sungai-sungai akan berpusing-pusing di tanah
yang rata dan selalunya dipenuhi hutan yang tebal di tebing-tebingnya.Di tanah tinggi
pula, ia dipenuhi dengan batu-batu besar dan sukar diikuti.Bukanlah menjadi satu
dasar yang baik untuk mengikut aliran sungai rapat dengan tebingnya.
2. Dengan gambaran tanah sebegini yang akan dilalui, diambil perhatian , tidaklah perlu dipilih arah perjalanan.Sehingga berpengalaman dan keadaan mengizinkan, rancangkan satu perjalan yang lurus seperti berikut:
a. Ambilkan bering dan siapkannya seperti anda menyiapkan kompas untuk pergerakan
di waktu malam.
b. Telitikan garisan bering bersempena dengan peta.
c. Bahagikan perjalanan kepada beberapa bounds.Jarak di antara satu sama lain lebih
kurang sejam perjalanan dengan tanda panduan yang boleh dikenali di antara bounds
ini, seperti sungai atau pematang.
d. Taksiran masa dan jarak mengikut keadaan dan kecuraman tanah yang akan dilalui.
3. Dengan pengalaman, anda dapat menggunakan tanah dengan lebih pintar dengan:
Bergerak di atas pematang
Jauhkan dari bergerak melawan aliran tanah
Merancang untuk bergerak melalui bounds dan tempat lapor diri tertentu.
4. Setelah memilih perjalanan peta, catitikan maklumat-maklumat tiap-tiap peringkat perjalanan meliputi:
Bering
Jarak
Taksiran masa bersabit dengan keadaan tanah
Tempat lapor diri di perjalanan
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan