1.0 Pengenalan
Pada keseluruhanya kegiatan luar adalah kegiatan berkumpul walaupun seseorang itu boleh berkhemah ataupun berkayak seorang diri. Sebagai sebuah kumpulan ia memerlukan kepimpinan tertentu. Tiap-tiap kumpulan adalah terdiri daripada seorang ketua dan pengikutnya. Seorang ketua mestilah dilantik atau dipilih bagi mengetuai aktiviti kegiatan luar walaupun mungkin kegiatan itu dilakukan di antara kawan-kawan yang rapat. Seseorang ahli kumpulan mestilah ditugaskan bagi membuat keputusan terutama bila berlaku kecemasan.
Perkara kecemasan tidak dapat dilakukan secara demokrasi tetapi ia dapat di atasi dengan keputusan yang tepat dan cepat dari seorang ketua yang layak.
2.0 Kualiti
Seorang pemimpin kegiatan luar mestilah mempunyai kombinasi beberapa kualiti tertentu. Di bawah ini disenaraikan beberapa kualiti tersebut:-
2.1 Sihat - seorang pemimpin kegiatan luar mestilah sihat tubuh badan dan sihat mentalnya.
2.2 Minat dan dedikasi - Minat yang mendalam biasanya akan melahirkan semangat gigih, rajin bekerja atau dedikasi.
2.3 Sikap Sosial - Pemimpin kegiatan luar hendaklah mempunyai sikap sosial yang baik. Ia hendaklah mengasihi orang yang dipimpinya, menerima mereka sebagai ahli kumpulan, bertolak ansur dan bertimbang rasa, adil, tidak mementingkan diri sendiri.
2.4 Taat Setia - Ketua hendaklah taat setia kepada kumpulannya sebagaimana ia mengharapkan kumpulanya berbuat perkara yang sama terhadapnya.
2.5 Pintar - Orang yang pintar akan dapat menganalisa sesuatu keadaan dengan baik.
2.6 Daya Usaha - Daya usaha atau inisiatif adalah satu kualiti yang membuat seseorang itu dapat bekerja tanpa menunggu arahan dari mana-mana pihak.
2.7 Berani - Berani kerana melakukan sebarang perkara yang benar dan membuat sebarang keputusan yang berani demi keselamatan orang yang dipimpin.
2.8 Jujur - Kumpulan akan sejahtera jika ketua tidak menyeleweng samada dari tugas, moral atau meterial.
2.9 Disiplin - Ketua yang berdisiplin akan dicontohi atau dipatuhi oleh pengikutnya.
2.10 Tegas - Dengan dersifat tegas seseorang ketua itu akan diyakini oleh kumpulannya. Keputusan dan arahannya akan dipatuhi tanpa keraguan.
2.11 Yakin - Ketua yang ragu-ragu kepada dirinya sendiri tidak akan mempunyai kekuatan dalaman untuk memimpin orang lain.
3.0 Pengetahuan
Pengetahuan di dalam pelbagai bidang adalah diperlukan oleh sesorang yang hendak memimpin sesebuah kumpulan kegiatan luar, diantaranya adalah seperti berikut:-
3.1 Bidang yang di pimpin - seseorang pemimpin kegiatan luar hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas di bidang yang di pimpinnya.
3.2 Organisasi - Ia mesti benar-benar faham tentang matlamat organisasi, struktur, peraturan, etika, perancangan dan perkembangan serta apa jua yang berlaku terhadap organisasinya.
3.3 Pengikut - Mengetahui tentang orang-orang yang dipimpin akan memudahkan ketua untuk bertindak, mengawal, menilai dan membimbing mereka dengan cara yang berkesan.
4.0 Kebolehan
Seorang pemimpin kegiatan luar perlu mempunyai beberapa kebolehan tertentu supaya ia dapat memimpin kumpulan dengan lebih baik. Di antara kebolehan-kebolehan itu ialah seperti berikut:-
4.1 Kemahiran - seorang pemimpin kegiatan luar mestilah mempunyai kebolehan teknikal atau kemahiran di bidang yang dipimpinnya.
4.2 Kebolehan berhubung - melalui kebolehan ini seorang ketua itu dapat menyampaikan dengan jelas dan berkesan kepada kumpulannya.
4.3 Kebolehan membuat pertimbangan - melalui pertimbangan yang baik sahaja keputusan yang tepat akan terhasil.
5.0 Tanggung jawab
Pemimpin kegiatan luar mempunyai dua tanggungjawab yang nyata. Pertama ialah begi menentukan matlamat kegiatan dan keduanya bagi menentukan keselamatan ahli kumpulan ketika aktiviti dijalankan
6.0 Tugas
6.1 Tugas pemimpin kegiatan luar ialah untuk merancang aktiviti kumpulan serta program-program latihan, aktiviti-aktiviti tertentu dan seterusnya projek-projek untuk kumpulannya. Apa juga program yang hendak dilaksanakan hendaklah dirancang terlebih dahulu. Projek-projek yang berjaya adalah dari hasil perancangan yang baik.
6.2 Ketua adalah merupakan pentadbir kumpulan. Untuk tujuan ini ia hendaklah mengaturkan kerja-kerja supaya segala keperluan kumpulan bagi melaksanakan aktiviti dapat diperolehi.
6.3 Tugas ketua ialah bagi mengawal kumpulan supaya tidak terkeluar dari objektif yang telah digariskan bagi sesuatu aktiviti.
6.4 Melatih ahli kumpulan adalah satu tugas ketua kegiatan luar kerana ahli kumpulan mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran di bidang yang disertai.
6.5 Ketua hendaklah mengajar ahli kumpulanya. Kumpulan mestilah dididik dibidang yang dipimpin oleh ketuanya itu samada dari aspek pengetahuan dan kemahiran.
6.6 Mendorong kumpulan kearah kebaikan diperlukan supaya kumpulan sentiasa mahu, rela dan menyukai tugas-tugas dan aktiviti yang diberikan kepada mereka.
6.7 Penilainan hendaklah dilakukan oleh seorang pemimpin kegiatan luar terhadap segala aktiviti yang dilaksnakan.
7.0 Penutup
Tidak ada kumpulan yang boleh bergerak tanpa ada kepimpinan yang berkesan. Di dalam kegiatan luar di mana ianya sentiasa terdedah kepada cabaran dan risiko tertentu, maka kepimpinan yang tepat hendaklah diperolehi. Banyak orang yang mahu menjadi ketua, tetapi bukan banyak yang boleh menjadi ketua. Seseorang yang memimpin ekpidisi bukanlah sekadar berjalan di hadapan kumpulan tetapi ia harus lebih dari itu. Kepimpinan di dalam kegiatan luar bukanlah mudah seperti memilih sebuah khemah untuk dibeli. Samada kepimpinan itu lahir sebagai bakat semulajadi atau melalui latihan, usaha-usaha ke arah melahirkannya hendaklah diteruskan supaya kepimpinan itu terus dari masa ke masa bagi menampung kegiatan yang kian berkembang.
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan