Isnin, 16 Mac 2009

Senaman Kalistenik dan Regangan

Kearah Hidup Cergas Sepanjang Hayat
Peningkatan umur serta kurang melakukan pergerakan boleh menyebabkan tubuh badan hilang daya kelonggaran dan kelembutan. Otot akan menjadi semakin tegang dan lemah. Namun begitu tubuh badan mempunyai keupayaan yang aneh untuk mengembalikan semula kelembutan dan kekuatan yang telah hilang. Melalui satu program kecergasan yang berterusan anda boleh mencapai hasrat ini. Anda digalakkan melakukan senaman kalistenik dan regangan sebagai satu pilihan senaman. Boleh dilakukan di mana-mana tanpa perbelanjaan tambahan.


Panduan
Asas regangan adalah sama tanpa mengira umur dan tahap kelembutan.
Regangan yang sempurna bermakna anda tidak melakukannya melebihi tahap kemampuan sendiri.
Regangkan anggota badan anda tanpa paksaan.
Melonggarkan sendi dan otot-otot yang tegang memakan masa, tetapi ia boleh dicapai sedikit demi sedikit.
Sebarang keraguan hendaklah merujuk kepada doktor pakar anda sebelum memulakan senaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan