MALAYSIA CERGAS adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi penekanan kepada usaha meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia.Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup.
Antara lain MALAYSIA CERGAS adalah juga:
Satu seruan ke arah hidup yang lebih aktif, lebih selesa dan lebih tinggi mutunya.
Satu idea yang mempunyai kemungkinan memberi jawapan kepada beberapa masalah sosial.
Satu tema, satu slogan dan satu lambang kepada kehidupan yang sihat.
Satu dinamisma dalam kepimpinan.
Satu proses pendidikan seumur hidup.
Satu keperluan yang disokong oleh kenyataan dan logik.
MATLAMAT
MALAYSIA CERGAS bertujuan menimbulkan KESEDARAN di kalangan masyarakat Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekresai.
Kesedaran akan menimbulkan MINAT. Minat untuk mengetahui tentang jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai, supaya penyertaan manjadi lebig teratur dan berkekalan.
MALAYSIA CERGAS ingin MENDIDIK masyarakat mengenai sebab-sebab mustahaknya bersukan, tentang di mana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal, tentang apa yang elok dilakukan , apa yang tidak bagi setengah golongan umur, tentang apa yangsesuai.
Lebih penting lagi, MALAYSIA CERGAS, menyeru mengajak tiap lapisan masyarakat supaya memberi respon dan MENYERTAI dalam kegiatan fizikal dan rekreasi. Penyertaan ini perlu dikekalkan dan dilakukan secara berterusan untuk menikmati kebaikan dan kebahagian melibatkan diri dalam kegiatan fizikal.
MALAYSIA CERGAS mengajak rakyat MALAYSIA keluar rumah – ke padang, ke taman, ke gelanggang, ke pusat sukan – untuk mengambil bahagian.
Ia ingin membentuk satu imej Nasional , ingin menjadikan masyarakat Malaysia suatau bangsa ‘peserta' bukan suatu bangsa ‘penonton' dalam kegiatan fizikal dan sukan.
BAGAIMANA
MALAYSIA CERGAS menyeru setiap rakyat Malaysia – tua dan muda, lelaki dan perempuan supaya merancang masa lapangnya untuk cergas menyertai sebarang kegiatan fizikal. Ini perlu dilakukan secara sukarela supaya kepuasan yang diperolehi akan lebih bermakna.
Antara Kegiatan Yang Boleh Disertai
Bidang SUKAN seperti Tenis, Bola jaring,Ping Pong, Bola Tampar, Squash, Badminton,Memebnak, Bolasepak, Golf, Taekwando , Karate, Hoki, Bowling, Ragbi, Skating, Bola Tangan, Sofbol, Bola Keranjang, Judo, Sepak Takraw, Kriket, Tinju, Gusti, Memanah;
Atau membuat SENAMAN DAN NLATIHAN KECERGASAN sxeprti Jogging berjalan, berbasikal, membuat senamrobik, latihan ‘conditioning' melompat, angkat berat, bersilat, yoga atau tai chi, bina badan, gimnastik,bersenam, menyedut udara.
Atau adalam REKREASI FIZIKAL LUAR seperti berkhemah, berkelah, mendaki bukit dan gunung, mengembara, berenang, meluncur layar, ‘surfing', belayar, mendayung perahu, selam skuba, berkeno'orienteering', bermain wau atau gasing.
Kecergasan, mengikut definasi bermaksud: ‘mempunyai tenaga untuk membuat kerja-kerja harian tanpa merasa penat yang berlebihan; tenaga untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi dan seterusnya masih mempunyai tenaga untuk menghadapi apa-apa kecemasan yang mungkin timbul.
Untuk memenuhi keperluan tenaga ini, seseorang itu perlu cergas kerana orang yang cergas adalah orang yang aktif, yang boleh memberi sumbangan kepada diri sendiri, keluarga dan negara.
Rakyat yang cergas akan menjadi sumber yang kaya kepada negara.
Kegiatan fizikal adalah satu cara menggunakan masa lapang dengan baik dan berfaedah. Sukan dan rekreasi akan merapatkan masyarakat dan menjadialat yang berkesan ke arah perpaduan. Ia membina semangat kekitaan dan semangat cintakan negara.
Masyarakat yang sihat, cergas dan berdisiplin akan menyumbang kepada prestasi dan meningkatakan hasil kerja.
Mengapa Cergas?
CERGAS untuk mendapatkan kepuasanm menikmati segala faedah kecergasan, atau rasa seronok mengambil bahagian, menghadapi cabaran fizikal, CERGAS sebab rasanya HEBAT.
CERGAS dapat mengurangkan kos perubatan,Kehidupan masyarakat moden sudah menjadi sedentary – ‘duduk' bekerja, ‘duduk' dirumah, ‘duduk' menonton, ‘duduk' di kilang – banyak automasi dan ‘push-button'. Ini ditambah pula dengan makanan yang ‘kaya' dan kehidupan yang sangat ‘selesa dan relak'. Pendek kata, corak kehidupan sekarang tidak cukup kegiatan fizikal dan menimbulkan berbagai maslah kesihatan fizikal dan menimbulkan berbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, terlampau gemuk (overweight) lebih kolesterol, sakit otot dan belakang. Penyakit disebabkan oleh berbagai-bagai faktor, tetapi antara faktor risiko yang besar adalah corak hidup tanpa kegiatan fizikal. Yang tidak aktif lebih senang dihinggap penyakit. Melalui kegiatan fizikal dan sukan sesetangah penyakit dapat dicegah.
CERGAS supaya terhindar dari amalan -amalan tidak sihat seperti menghidap rokok, minuman keras, dadah atau berjudi.
CERGAS supaya SIHAT. Tubuh manusia dibentuk untuk bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti. Sekiranyna dilakukan nyata sekali akan memperkuatkan badan. Otot-otot menjadimlemah jika tidak diguna selalu dan jika dilatih sentiasa akan menjadi lebih besar.
MALAYSIA CERGAS mengajak masyarakat menikmati hidup yang lebih bernilai iaitu ke arah menjalani hidup secara yang aktif dengan melibatkan diri dalam apa jua kegiatan kecergasan. Hidup yang aktif bermula dari kecenderungan yang mendalam untuk bergiat dalam semua lapangan dan bersedia melaksanakannya. Kesediaan masyarakat untuk melakukan sebarang kegiatan adalah digerakkan dari kehendak dan sikap aktif ini harus digalakkan melalui kegiatan kecergasan . Kegiatan kecergasan dapat membentuk peribadi dan disiplin diri yang baik.
MALAYSIA CERGAS menyeru agar menjadikan sikap aktif sebagai satu prinsip hidup masyarakat dan menggunakannya untuk menikmati hidup yang tinggi nilainya. Hidup yang tinggi nilainya adalah hidup yang penuh diisi dengan berbagai kegiatan kecergasan.
Satu Idea yang mempunyai KEMUNGKINAN MEMBERI JAWAPAN kepada beberapa masalah sosial
MALAYSIA CERGAS berhasrat memberi sumbangan dalam mengurangkan beberapa masalah sosial yang mengancam masa depan negara. Gejala-gejala penyalahgunaan dadah dan kegiatan-kegiatan jenayah serta masalah-masalah sosial yang lain antaranyan adalah lahir dari kecenderungan-kecenderungan tidak sihat.
MALAYSIA CERGAS cuba menyalurkan kecenderungan -kecenderungan masyarakat kearah yang lebih sihat dan lebih bermakna. Kegiatan kecergasan adalah salah satu di antara beberapa jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah sosial. Kegiatan kecergasan dapat mengalihkan tumpuan fikiran dan minat yang mendalam terhadap kegiatan sukan.
MALAYSIA CERGAS seterusnya cuba menanamkan kecenderungan bersukan dan bergiat dalam kegiatan kecergasan sebagai satu tugas masyarakat demi menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara.
MALAYSIA CERGAS adalah satu kaedah kesiahatan yang menggalakkan masyarakat memelihara kesihatan melalaui kegiatan kecergasan. Kegiatan kecergasan dapat memperseimbangkan diantara kesihatan mental,rohani dan jasmani. Bebanan dan tekanan tugas serta masalah-masalah yang lahir dari keadaan semasa mengakibatkan ketegangan mental, gangguan jiwa dan fikiran yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
Gaya atau cara hidup yang terlalu mewah dan berlebihan menjadikan kehidupan seseorang individu pasif. Keselesaan yang keterlaluan boleh mendatangkan kesan fizikal yang menjejaskan kesihatan. MALAYSIA CERGAS menawarkan suatu kaedah kesihatan yang murah dan berkesan iaitu menggalakkan masyarakat sentiasa bergiat dalamkegiatan kecergasan.
Memelihara kesihatan adalah suatu tanggunjawab yang sering diabaikan. Ini disebabkan kesuntukan masa dari kesibukan tugas dan juga sikap mengambil mudah serta ersikap berpuas hati dengan keadaan yang ada. MALAYSIA CERGAS sekali lagi cuba membetulkan sikap negatif masyarakat terhadap kesihatan supaya bersikap lebih bertanggunjawab terhadap memelihara kesihatan.
CERGAS menekankan bahawa kegiatan kecergasan harsualah dijadikan satu kepentingan asas yang sama pentingnya dengan keperluan terhadappendidikan. Kegiatan kecergasan tidak boleh lagi dianggap hanya sebagai memenuhi masa lapang sahaja. Ianya harus dijadikan satu kemestian yang melibatkan penyertaan seluruh masyarakat.
MALAYSIA CERGAS bukan merupakan satu cita-cita dan hayalan kosong. Ia adalah satu kenyataan yang dapat diterima oleh masyarakat. Keperluan terhadap kecergasan adalah diasaskan dari tanggungjawab ke arah pembinaan bangsa dan negara. MALAYSIA CERGAS berusaha membina dan melahirkan jiwa dan raga masyarakat yang cergas dan bertenaga.
KE ARAH KECERGASAN
ADAKAH ANDA CERGAS?
Anda cergas sekiranya fizikal dan mental anda cergas. Fizikal yang cergas lahir dari fizikal dan mental yang sihat. Kesihatan boleh dihasilkan dari aktiviti kecergasan.
PERLUKAH ANDA CERGAS?
Anda perlu cergas kerana anda perlu hidup sihat. Anda perlu sihat supaya dapat menjalani hidup yang lebih bermakna.
BAGAIMANA CARA ANDA BOLEH CERGAS? Anda boleh cergas dengan bergabagi cara. Misalnya bersukan, menjalani senaman dan latihan kecergasan, serta melibatkan diri dalam rekreasi fizikal luar.
Laman Sesawang Bersawang Suda
-
Laman sesawang ini dah semakin teruk bersawang. Semuanya gara-gara kurang
daya kemampuan aku untuk beristiqamah di dalam meneruskan penulisan. Aku
gagal......
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan