Selasa, 10 Mac 2009

MERANCANG PERJALANAN UNTUK MENGELAK HALANGAN

Apabila halangan dijumpai seperti paya dan hutan buluh, satu penilaian mesti dibuat
samada lebih cepat untuk melencong ataupun menerusi halangan itu.Jika keputusan diambil untuk melencong, maka tentukan anda tidak mengikut gigi halangan sehingga kehilangan arah.

Ada dua cara untuk halangan:

Cara pertama.

Apabila halangan didapati, rancangkan perjalanan baru 90 ke kiri atau ke kanan arah perjalanan yang asal.Bergerak mengikut arah yang baru itu sehingga anda pasti anda terlepas dari sempadan kiri atau kanan halangan itu.Tentukan anda mengira langkah yang anda jalani.Pusing balik 90 mengikut bering perjalanan yang asal.Bergerak mengikut arah itu sehingga anda pasti anda telah terlepas halangan itu.Pusingkan 90 ke kanan atau ke kiri ke arah bering perjalanan yang asal dan berjalan mengikut jarak yang anda kira tadi.Pusing 90 ke kiri atau ke kanan dan teruskan perjalanan anda.Anda sekarang sedang berjalan di arah perjalanan yang asal.
CARA KEDUA.Tentukan ada dua tanda panduan di peta dan di tanah yang didapati di sepanjang perjalanan satu sebelum halangan dan satu lagi selepas halangan.Apabila anda ditanda panduan pertama, pilih satu tanda panduan lagi ke kiri atau ke kanan halangan.Bergerak ke tanda panduan itu.Apabila sampai di situ,ambil bering menuju ke tanda panduan yang kedua iaitu yang berada selepas halangan.Teruskan perjalanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan