Selasa, 10 Mac 2009

KOMPAS ORIENTEERING

1. Apakah Kompas
Kompas merupakan lat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan orienteering selain dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah campuran kompas dengan pengukur jangka sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.

2. Kegunaan Kompas
Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
2.1 Menentukan arah perjalanan
2.2 Menyelaraskan peta
2.3 Mengira jarak jauh
2.4 Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
2.5 Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan senang untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus.

Lebih pentingkan kemahiran membaca peta dengan tepat daripada menggunakan kompas hanya alat tambahan kepada peta.

3. Menjaga Kompas
Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia mesti dijauhkan dari alat-alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu akan lari dari arah utara mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak menunjukkan arah utara benar tetapi utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti dipegang mendatar. Semasa menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari pembesar suara kerana pembesar suara mempunyai kuasa magnetik yang kuat.

4. Bahagian Kompas
Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu
· Plat tapak yang lut sinar
· Perumah kompas yang boleh berputar
· Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan