Pengenalan
Peta merupakan elemen yang terpenting di dalam orienteering di mana tanpa peta orienteering tidak dapat dijalankan. Oleh yang demikian, orienteering memerlukan suatu peta yang khas dibuat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh IOF.
Peta orienteering adalah dibuat oleh mereka yang mempunyai pengetahuan dan minat di bidang orienteering. Hanya para orienteer yang memahami apakah yang perlu dimasukkan ke alam peta orienteering bagi membantu para peserta menggunakan segala ciri yang ada di atas tanah dan peta sebagai panduan navigasi.
Butiran
Suatu peta orienteering yang lengkap mengandungi butiran-butiran berikut:-
Nama tempat
Skala
Petunjuk
Arah Utara Peta
Sela Kontur
Garisan-garisan utara
Kredit (Jurukur an Jurukartografi)
Nama Tempat
Nama tempat ini menunjukkan kawasan sesebuah peta.
Arah Utara
Arah utara di dalam peta orienteering adlah bertujuan untuk membantu peserta mengorientasikan peta dan kedudukan dimuka bumi. Peta orienteering sentiasa dilukis dengan kedudukan arah utara berselari dengan bahagian tepi kertas peta.
Skala
Peta orienteering dilukis dengantepat mengikut skil yang berpandukan kepada piawaian IOF. Ini bermakna apa jua ukuran di dalam petaadalah bersamaan dengan ukuran di atas tanah mengikut nisbah yang telah ditentukan pada peta tersebut.
Bergantung kepada keperluan acara atau keadaan muka bumi, skala-skala berikut adalah antara yang biasanya digunakan;
1:5000 1:10000 1:15000
Mengukur Jarak
Dengan mengambil contoh peta yang berskala 1:10000 ini menunjukkan 1cm di atas peta adalah bersamaan dengan 100m di atas tanah.
Jika jarak diantara titik kawalan adalah 2.5cm di atas peta, ini adalah bersamaan dengan 250m di aats tanah.
Sela Kontor
Sela kontor merupakan jarak di antara dua garisan kontor di atas peta di mana pada kebiasaannya sela ini menunjukkan ukuran 5m di atas tanah, sebagai mana berpandukan kepada piawaian IOF.
Petunjuk
Peta orienteering dilukis dalam beberapa warna dan simbul-simbul mengikut spesifikasi yang telah ditentukan oleh IOF. Bagi memudahkan peserta membuat rujukan mengenai apakah yang ditunjukkan atau dimaksudkan dengan warna-warna dan simbul-simbul yang terdapat di dalam sesuatu peta, maka petunjuk disediakan. Di dalam petunjuk ini, semua maksud bagi warna-warna dan simbul-simbul yang terdapat di dalam peta dijelaskan.
Garisan-Garisan Utara
Selain dari petunjuk arah utara, terdapat juga beberapa garisan tegak merentangi peta yang menunjukkan arah utara yang dikenali sebagai garisan-garisan utara. Garisan-garisan ini juga dikenali sebagai garisan merideien atau garisan panduan.
Kegunaan utama garisan-garisan ini adalah untuk peserta membuat pelarasan kompas di atas peta terutamanya untuk mendapatkan arah pergerakkan ke titik kawalan.
Kredit
Terdapat ruang di dalam peta di mana butiran berikut dicatat sebagai penghargaan dan maklumat.
Nama Jurukur
Nama Juru Kartografi
Tarikh Ukuran / Kerja Medan
Tarikh Kartografi
Tarikh Cetakan
Hakcipta
Penaja/kerjasama
Warna
Segala butiran/simbul yang terdapat di dalam peta orienteering adalah penting kepada peserta untuk membantu dalam navigasi.
Warna turut memainkan peranan penting di dalam menentukan kategari/spesifikasi setiap simbul di mana warna-warna ini telah ditetapkan mengikut piawaian IOF. Peta orienteering dilukis dalam 6 warna untuk simbol-simbol tertentu.
Hitam - Ciri-Ciri buatan manusia
Biru - Ciri-ciri air
Perang - Ciri-ciri kountor dan jalanraya
Putih - Keadaan tumbuhan; hutan – berlari
Hijau - Keadaan tumbuhan ; hutan – berjalan/redah
Kuning - Keadaan tumbuhan ; terbuka
KONTUR
Garisan kontur yang terdapat di dalam peta orienteering adalah untuk menggambarkan keadaan rupabumi iaitu bentuk keadaan tanah yang sebenar. Ini termasuk menunjukkan ketinggian sesuatu tanah tinggi – bukit,gunung dan sebagainya.
Memahami kontur merupakan kunci kepada navigasi yang baik dan adalah penting jika seseorang ingin menjadi orienteer yang cekap. Cara yang terbaik untuk memahami kountur adalah dengan cara praktikal iaitu dengan membawa peta dan membandingkan keadaan tanah dengan garisan-garisan kontur di atas peta. Selain pentingnya perlu mengetahui beberapa ciri atau keadaan di tanah tinggi di mana kadangkala ciri-ciri ini digunakan sebagai titk kawalan, ia juga turut membantu peserta untuk merancang laluan yang lebih baik dan mengelakkan dari pendakian cerun curam yang tidak perlu.
Berikut adalah beberapa contoh bentuk-bentuk kontur yang menggambarkan keadaan tanah dan beberapa ciri yang terdapat padanya.
a. Susuh Bukit (Spur)
Susuh bukit merupakan sebahagian tanah yang menganjur keluar dari sesuatu kawasan tanah tinggi.
b. Ceruk (Re –entrant)
Ceruk adalah berlawanan susuh bukit di mana ia adalah sebahagian tanah yang melengkung ke dalam dari sesuatu kawasan tanah tinggi. Pada kebiasaannya aliran air dari tanah tinggi melalui kawasan ini.
c. Permatang
Permatang adalah puncak antara dua tebing yang panjang yang menyambungkan beberapa siri bukit atau tanah tinggi.
d. Knol
Knol adalah suatu bukit kecil yang boleh dilihat dengan jelas di mana-mana dataran samada di kawasan tanah pamah atau tanah tinggi.
Jarak antara garisan-garisan kontur menggambarkan keadaan cerun sesuatu tanah tinggi. Garisan-garisan yang rapat menggambarkan sesuatu cerun yang curam, mankala garisan-garisan yang renggang menggambarkan sesuatu cerun yang landai.
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan