1. TUJUAAN
1.1 Sebelum sesuatu ekspedisi atau aktiviti kegiatan luar dijalakan, sesi taklimat hendaklah di adakan. Ia bertujuan bagi memberi tahu semua peserta mengenai segala maklumat dan arahan bagi maksud aktiviti itu.
2. TUJUAAN
2.1 Sebahagian besar butir-butir maklumat adalah diperolehi dari perancangan yang telah dibuat berhubung perlaksanaan ekspedisi berkenaan. Perancangan tersebut telah dibuat dalam bentuk kertas kerja yang lengkap samada oleh ketua XPDC atau individu tertentu dalam kumpulan / organisasi.
3. MASA
3.1 Masa yang sesuai untuk memberi taklimat ialah sehari sebelum XPDC dimulakan. Dengan demikian, peserta masih mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat persiapan terakhir meskipun persiapan sebenar telah mereka lakukan sebelum ini.
4. SIAPA
4.1 Orang yang bertanggung jawab untuk memberi taklimat ialah ketua XPDC sendiri. Oleh itu ketua XPDC hendaklah membuat persiapan bagi mengadakan sesi taklimat itu.
5. CARA
5.1 Tarikh, masa dan lokasi, sebelum taklimat diberikan, ketua hendaklah memberitahu semua peserta mengenai tarikh, masa dan lokasi taklimat itu akan diadakan. Bagi tujuan memberitahuan ini, masa yang mencukupi adalah diperlukan supaya semua peserta sempat diberitahu.
6. PERSIAPAN
6.1 Sebelum memberi taklimat, beberapa persiapan hendaklah dilakukan. Di antara persiapan yang penting ialah seperti menyediakan bahan bertulis mengenai butir-butir taklimat yang sukar diingati seperti senarai-senarai, jadual pergerakan dan seumpamanya. Selain daripada itu, rajah, model atau kedua-duanya sekali perlu dibuat bagi tujuan taklimat yang lebih berkesan. Alat tulis juga diperlukan.
7. MEMULAKAN TAKLIMAT
Sebelum taklimat sebenar diberikan tentukan dahulu bahawa semua peserta telah hadir dan berada dalam keadaan bersedia, maka ketua hendaklah memulakan taklimatnya dengan sedikit kata-kata aluan yang ringkas. Selepas itu ketua hendaklah mengoriantasikan rajah atau modelnya.
8. TAKLIMAT SEBENAR
Selepas oriantasi rajah, maka taklimat sebenar hendaklah dilakukan. Taklimat sebenar ini mengandungi maklumat-maklumat dan arahan-arahan bagi tujuan melaksanakan XPDC itu. Ia harus disusun mengikut tajuk-tajuk tertentu sebagaimana sebagaimana contoh di bawah. Ketua hendaklah menggunakan bahasa yang terang, ringkas dan mudah. Jika perlu, ulangan kepada perkara tertentu boleh dibuat bagi maksud memberi penekanan tertentu. Adalah penting supaya ketua dapat mengawal keadaan ketika memberi maklumat supaya semua dapat memberi tumpuan. Sebarang gangguan hendaklah diusahakan supaya tidak berlaku termasuk pertanyaan-pertanyaan dari peserta. Pertanyaan hendaklah dijawab pada akhir taklimat. Satu perkara yang harus disedari oleh ketua bahawa ‘advanture’sesuatu ekspidisi itu harus bermula dari taklimat yang diberikan. Oleh itu ketua hendaklah bersungguh-sungguh apabila menyampaikan taklimatnya dengan merangkakan sebuah taklimat yang lengkap dan menyeluruh serta dengan penyampaian yang bertenaga.
9. AKHIR TAKLIMAT
Setelah kandungan taklimat sebenar selesai diberikan, maka ketua hendaklah memberikan peluang kepada peserta untuk bertanya. Setelah beberapa soalan dijawab, maka ketua hendaklah membuat beberapa pertanyaan berhubung perkara-perkara penting sebagai mengesahkan kefahaman peserta terhadap taklimat yang telah diberikan. Mana-mana jawapan yang salah hendaklah dibetulkan. Selepas itu, jika perlu, samakan waktu pada jam peserta dengan jam ketua. Dan akhir sekali sebelum bersurai, ketua haruslah memberikan sedikit kata-kata semangat kepada peserta.
Lampiran
CONTOH TAJUK-TAJUK TAKLIMAT
1. Objektif : Peserta mesti diberikatu objektif ekspidisi.
2. Struktur Kumpulan:
d. Berapa orang jumlah peserta
d. Siapa ketua, siapa pembantu dan lain-lain jawatan yang ada (contoh: pemandu, perawat kecemasan, tukang masak dan lain-lain).
d. Peranan kumpulan. Siapa orang-orang tiap-tiap kumpulan dan siapa ketuanya. Perkara ini mungkin telah diberitahu lebih awal dan perkara seperti ini harus dijadikan bahan bertulis untuk diedarkan.
3. Perlaksanaan.
d. Rancangan Umum – nyatakan secara ringkas bagaimana ekspidisi itu akan dilaksanakan. Contohnya:
“Ekspidisi akan bergerak dari tempat permulaan ke kaki gunung dengan menaiki kenderaan darat dan akan bermalam di kawasan perkhemahan yang sedia ada. Esoknya, ekspidisi akan mendaki dengan berjalan kaki di dalam masa 2 hari satu malam. Ekspidisi akan balik ke tempat permulaan dengan cara dan laluan yang sama.”
b. Rancangan terperinci – nyatakan rancangan, ekspidisi dengan huraian yang lebih terperinci denan menyatakan tarikh, waktu, lokasi dan tugas bagi tiap-tiap kegiatan di sepanjang ekspidisi. Lebih kemas lagi jika butir-butir ini dirancangkan didalam bentuk jadual supaya boleh diedarkan.
c. Contohnya jadual (lihat di bawah).
JADUAL KEGIATAN HARIAN
TARIKH
WAKTU
KEGIATAN
LOKASI
TUGAS/TINDAKAN
10/05/90
8.00 pagi
JMB – dengan bas
Perhentian Bas Pudu
“
4.00 ptg
JMT Kg. Pasir, Terus ke kaw. Perkemahan.
Hutan Lipur Kg. Pasir.
“
4.30 – 9.00
Rihat dan Perkemahan.
Hutan Lipur Kg. Pasir.
1. Kump. 3
memasak.
2. Kump. 4
pasang lampu
“
9.00 mlm
Taklimat untuk 11/5/90
Akan diberitahu
11/05/90
8.00 pg.
JMB – Jalan Kaki
Ke lokasi 1
Kum 1 bawa tali mendaki
3.30ptg
3.30 -9.00
JMT lokasi 1
Rehat dan perkhemahan
12/05/90
8.00 pagi
Traking mengikut denai binatang
Hingga tepi sungai
d. Arahan kordinasi - nyatakan perkara-perkara yang melibatkan semua peserta dan yang belum disentuh dalam jadual kegiatan seperti:-
i. Laluan (route) yang akan digunakan formasi dan organisasi ketika bergerak.
ii. Ketentuan masa bagi waktu-waktu tertentu seperti bangun pagi, masak, berehat, tempoh berehat sewaktu di dalam perjalanan dan lain-lain.
iii. Cara berpakaian bagi kegiatan tertentu jika berkaitan.
iv. Lain-lain arahan.
d. Arahan keselamatan – nyatakan arahan-arahan yang sesuai bagi menjamin keselamatan ekspidisi seperti ketika bergerak, ketika berkhemah, ketika merempoh halangan, penggunaan api, keselamatan air dan lain-lain.
d. Tindakan kecemasan – nyatakan apakah tindakan yang harus dilakukan oleh peserta jika berlaku sesuatu kecemasan.
4. Tadbir dan Logistik
a. Peralatan - Nyatakan senarai peralan dan kuantiti tiap-tiap satu yang harus dibawa oleh setiap peserta.Nyatakan apakah alatan-alatan kumpulan dan pembahagian serta giliran membawanya jika berkaitan.
b. Bekalan Makanan - Nyatakan senarai bahan makanan yang hendak dibawa dan kuantiti dan serta cara pembahagiannya jika berkaitan.
c. Bekalan Perubatan - Nyatakan bahan-bahan perubatan individu hendaklah dibawa sendiri oleh peserta dan nyatakan jumlah kotak ubat yang akan dibawa oleh kumpulan.
d. Penginapan - Nyatakan bagaimana peserta akan menginap sepanjang ekspidisi.
e. Sajian - Nyatakan bagaimana peserta akan makan sepanjang ekspidisi.
f. Pengangkutan - Nyatakan penggunaan kenderaan jika berkaitan.
g. Bantuan - Nyatakan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung di dalam ekspidisi.
5. Data Cuaca
a. Angin
b. Ombak
c. Hujan
d. Pasang Surut
e. Keadaan bulan
f. Dan Lain-lain
Nyatakan mana-,mana yang berkaitan sahaja. Atau sekurangnya cuaca itu diterangkan dalam bentuk yang umum sahaja.
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan