Rabu, 11 Mac 2009

AKTIVITI MENDAKI

Teknik-teknik yang diperkenalkan adalah bukan bertujuan untuk melatih anda menjadi rock climber. Tujuanya adalah memperkenalkan teknik-teknik yang asas sebagai persediaan untuk memimpin kumpulan yang baru dan tiada berpengalaman. Melalui perbincangan dan latihan di bawah tajuk di atas akan dapat membantu anda dalam segi kemahiran, pengawalan kumpulan melalui curam dan mengenal pasti tanda-tanda bahaya pada laluan.

1. Peralatan

· Tali
Apabila kita membincangkan pengawalan tentang curam, maka peralatan yang penting sekali menjelma ialah tali. Terdapat berbagai jenis tali yang boleh dipergunakan dan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.

o Nylon
Umumnya ringan dan tidak mendap air tetapi tidak mempunyai keupayaan keanjalan dan tali jenis ini mempunyai ciri “low melting point” iaitu ia mudah panas dan putus jika berlaku pergeseran. Ciri ini sudah tentu merbahaya sekiranya anda membawa kumpulan melalui curam-curam.
o Hawser laid
Ini juga dikenali sebagai tali belati ataupun manila. Umumnya di Negara kita tali ini terhad kepada diameter yang besar. Perkara ini agak sukar kepada anda sebagai pemimpin rekreasi luar untuk membawa tali tersebut sewaktu melalui kawasan-kawasan curam. Tali ini juga mendap air. Selalunya tali ini akan menjadi berat apabila terkena air dan perkara ini akan menyusahkan perjalanan anda. Tali jenis ini juga kasar dan sekiranya anda menggunakakan figure 8 ke atas tali tersebut yang terkena pasir, maka akan berlaku geseran yang akan merosakkan figure of 8 itu.


o Kermantle
Merupakan tali yang menjadi “breakthro” kepada pendaki-pendaki. Dalam bahasa German “Ker” bermaksud luaran dan “Mantle” bermaksud jalaran fiber-fiber nyilon. Ciri yang penting yang ada pada tali ini ialah mempunyai “Energy Absorption Capacity” iaitu keupayaan tali tersebut mempunyai keanjalan sekiranya bebanan. Ciri ini akan menyelamat belayer dari menghadapi bebanan dan jerutan. Kermantle juga mempunyai ketahanan geseran (abrasion resistence) ianya juga mempunyai ciri-ciri seperti ‘water resistence’. Ini membantu dari segi kemudahan anda untuk membawanya. Ukuran standard bagi tali mendaki ialah 45 hingga 50 meter dengan diameter 9mm atau 11 mm.

Tali-tali ini perlu mencapai tahap yang ditetapkan oleh Union International des Associations d’Alpinisme (U.I.A.A) Kekuatan minimanya ialah 2000 kg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan