1. Jika anda musykil dengan pergerakan anda, jangan ikutkan hari dan mengharapkan kepada nasib.Ini adalah satu cara yang akan menjadikan anda sesat.Jika sesat, duduk dan kajikan.
a. Sudahkah aku melencung ke kiri atau ke kanan garisan perjalananku?
b. Mungkinkah aku sudah terlepas objektif ku?( Agakkan masa dan jarak yang dijalani ).
c. Adakah keadaan tanah di sepanjang perjalanan seperti apa yang aku gambarkan?Sudahkah aku berjumpa tanda-tanda panduan yang telah aku catatkan? ( fikirkan samada perlu anda pulang ke tanda panduan yang akhir untuk mendapatkan kepastian ).
d. Mungkinkah ada kesilapan pada peta?Jangan terburu-buru membuat keputusan mengenai kedudukan anda.Hantarkan kumpulan rondan yang kecil keluar jika perlu, untuk mencari tanda panduan yang dapat dikenali.
e. Akhir sekali, jika perlu Tanya pendapat orang lain.Minta bantuan luar.
Semua teori di dunia tiada nilainya jika tidak di praktikkan.Kumpulan yang akan membuat ekspedisi di hutan mestilah berlatih sehingga pandu arah telah sebati dengannya.
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan