Rabu, 11 Mac 2009

PENGURUSAN RISIKO

PENGURUSAN KESELAMATAN REKREASI LUAR

Sebagai pertubuhan yang menyediakan aktiviti rekreasi luar, adalah menjadi tanggujawab menawarkan aktiviti yang selamat untuk dinikmati seberapa banyak yang boleh.Tidak kiralah samada program berbayar, percuma atau keluar mengikut kawan.Mereka yang mempunyai lebih pengetahuan dan pengalaman mengenai rekreasi luar adalah menjadi etika kewajipan untuk dikongsi pengetuahn dengan orang lain bagi menambah kebolehan mereka untuk menikmati alam semulajadi dengan selamat.

Setiap program yang dijalankan ianya tidak serupa.Ada program dikhaskan untuk penyertaan peserta kolej dan universiti, program untuk pelajar menengah dan rendah,program penyertaan professional rekreasi luar dan program rekreasi kelab atau persatuan.Sesetengah petugas berbayar dan sesetengahnya adalah pekerja sukarela.Setiap pertubuhan dikehendaki untuk menentukan jumlah sumber yang munasabah yang boleh diperuntukkan kepada program pengurusan keselamatan.Dalam usaha untuk menentukan perlaksanaan program pengurusan keselamatan, berdasarkan seperti yang dikehendaki oleh pertubuhan, setiap ahli rekreasi atau penggerak rekreasi hendaklah membuat penilitian kemungkinan kemalangan dan membuat analisa penilaian risiko.

Ada orang akan bertanya apakah keperluan untuk membuat penilaian yang sedemikian.Pertubuhan rekreasi akan berkata, kami memberitahu orang ramai mengenai aktiviti dan semua orang kami adalah berpengalaman, semua peserta perlu menandatangani surat perakuan diri dan persatuan mengandaikan tiada tanggungjawab kemalangan ke atas mereka.Sebenarnya tidaklah begitu jawapannya.Masih perlu ditangani seperti yang disarankan.Jika selepas dibuat penilaian, persatuan merasakan polisi dan garis panduan yang sedia ada itu sudah mencukupi, eloklah di teruskan.Bagaimanapun terdapat banyak pertubuhan mengambil begitu mudah garis panduan trdisi tanpa melalui analisa.

MENELITI KEMALANGAN
Aktiviti Rekreasi Luar adalah aktiviti yang berisiko yang memungkinkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti itu di jalankan.Bagaimana anda mengtakrifkan kemalangan?

Takrif Kemalangan
Perkara yang terjadi bila ianya tidak diberi perhatian, perkara yang tidak di sangka-sangka, yang tidak diramal dan tidak di rancangakan kepada seseorang, tidak dijangka akan berlaku, kejadian yang tidak diingini, kematian,

Teori Kemalangan
Bila dan dimana kemalangan akan berlaku tidak siapa yang mengetahui tetapi sebab-sebab berlakunya kemalangan boleh diandaikan.Bagaimana kemalangan berlaku?Dua factor utama yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan da dalam aktiviti rekreasi luar.Lihat formula.

Formula Kemalangan Dinamik
Bahaya Alam Sekitar + Bahaya Disebabkan Manusia = Kemungkinan Kemalangan
- Rupa bumi - Keadaan kesihatan
- Cuaca - Pengalaman
- Peralatan - Kebolehan,Takut

Dua faktor ini bila digandakan akan menjadi lebih besar kemungkinan ataupun sebaliknya.Besar gandaannya lebih tinggi kemungkinan kemalangan.Besar bilangan bahaya, bertambah cepat kemungkinan kemalangan akan berlaku,contohnya:

Bertambah Kemungkinan Kemalangan

2 bahaya alam sekitar + 2 bahaya disebabkan manusia = 4 kali ganda kemungkinan kemalangan
3 bahaya alam sekitar + 3 bahaya disebabkan manusia = 6 kali ganda kemungkinan kemalangan

MENILAI BAHAYA
Kemalangan yang berlaku di dalam program rekreasi luar biasanya bermula daripada bahaya yang di lalui.

Bahaya Alam Sekitar
Bila menilai kemungkinan bahaya alam sekitar anda perlu melihat kepada 3 faktor:

* Aktiviti
# Setempat ( static ) – kegiatan dimana alam sekitar tidak bertukar
# Bergerak ( dinamik ) – kegiatn dimana alam sekitar bertukar dengan cepat
tanpa diduga.Contohnya : berkayak di air deras, trekking, rock climbing, berakit.

* Tempat
Tempat yang jauh di pedalaman, and dikehendaki menambah persediaan
kemungkinan.Satu cara biasa untuk menangani masalah ini ialah dengan menambahkan
bilangan halangan dengan satu kelas bila anda berada jauh dari perhubungan.
Contohnya Kelas III menjadi kelas IV.Ini bertujuan mengambil kira pertambahan
kemungkinan kemalangan.

* Musim / Cuaca
Cuaca dan kemungkinan pertukaran cuaca juga menambahkan tekanan ke arah
Kemungkinan Kemalangan.Dua perkara utama yang bersangkutan dan perlu diberi
Perhatian iaitu:

- Alam Sekitar
Ø Rupa Bumi
Ø Suhu
Ø Hujan
Ø Kabus / Gelap
Ø Terdedah kepada matahari yang berlebihan
Ø Keracunan tumbuhan
Ø Serangan serangga

- Peralatan
Ø Pakaian yang tidak sesuai
Ø Peralatan yang tidak berfungsi



Bahaya Disebabkan Manusia
Bahaya perkara yang boleh di kaitkan dengan bahaya di sebabkan oleh manusia antaranya:

- Peserta
Ø Tidak ingat akan kemalangan
Ø Tidak mempunyai kebolehan untuk mengelakkan kemalangan
Ø Kurang mengambil perhatian kepada arahan
Ø Kurang bertanggungjawab/lalai kepada diri sendiri, orang lain dan peralatan
Ø Ingin menunjuk-nunjuk
Ø Lemah
Ø Takut

- Ketua
Ø Kurang pengetahuan mengenai bahaya alam sekitar
Ø Tidak berkebolehan untuk menjauhkan bahaya kepada diri sendiri dan kumpulan
Ø Kurang penerangan mengenai kebolehan yang di perlukan
Ø Penerangan tidak jelas
Ø Kurang boleh menjadi ketua dan tidak boleh membetulkan masalah
Ø Tidak tahan dengan tekanan
Ø Kurang pengalaman untuk mengajar

- Kumpulan
Ø Kumpulan belum lagi di bentuk, kurang bentuk perpaduan
Ø Masalah persendirian yang belum diselesaikan
Ø Tidak berdaya melawan cabaran
Ø Mengambil jalan mudah, tidak mengambil perhatian kepada orang lain
Ø Tekanan yang berlebihan untuk menunjukkan kebolehan
Ø Tiada latihan untuk bekerja secara harmoni dalam keadaan tertekan
Ø Tiada kepimpinan dalam kumpulan
Ø Kumpulan berpecah kepada kumpulan kecil

MENGURANGKAN KEMUNGKINAN KEMALANGAN

Mengajar Formula
Adalah mustahak diajar mengenai formula Kemalangan Dinamik kepada peserta sebelum sesuatu aktiviti di jalankan.Dengan ini semua peserta akan mengetahui bagaimana perlakuan mereka terus bersangkutan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan.Peserta dapat mengambil sedikit tanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri mereka.Lima perkara yang boleh diperolehi daripada formula dan dapat memberi asas:
Ø Teknik untuk menilai kemungkinan risiko di masa perjalanan aktiviti
Ø Cara untuk menganalisa bagaimana kemungkinan kemalangan boleh dikurangkan
Ø Cara membuat keputusan
Ø Menerima mengapa pertubuhan mempunyai perkara tertentu untuk di ajar ( garis panduan dan polisi tertentu )
Ø Menerima mengapa anda perlu membuat keputusan tertentu


Taklimat Alam Sekitar
Program Keselamatan yang lengkap membenarkan untuk mempertahankan Bahaya Disebabkan Manusia daripada berganda dengan Bahaya Alam Sekitar dan dengan itu dapat mengurangkan Kemungkinan Kemalangan.Untuk melaksanakan perkara ini, adalah mustahak difikirkan dari hari pertama aktiviti berjalan “apa itu alam sekitar”?
Dalam perancangan aktiviti, ketua mesti memeriksa alam sekitar dan aktiviti yang akan dijalankan bagi mencari apakah kemungkinan bahaya alam sekitar di tempat aktiviti.Semua keterangan ini hendaklah disampaikan kepada kumpulan dalam bentuk Taklimat Alam Sekitar pada permulaan aktiviti dan taklimat susulan bila keadaan alam sekitar atau aktiviti bertukar.Contohnya trekking bertukar kepada berakit bukan sahaja aktiviti bertukar tetapi alam sekitar turut bertukar di mana bahaya alam sekitar juga berlainan.Taklimat Alam Sekitar yang pertama ialah susulan penerangan mengenai Formula Kemalangan Dinamik.Bagi aktiviti yang memakan masa yang panjang, ada baiknya peserta juga memberi taklimat alam sekitar di mana mereka dapat membiasakan dengan formula.Ini boleh dibuat dengan pertolongan ketua.Taklimat Alam Sekitar ialah tatacara keselamatan yang membantu menambahkan pengetahuan kepada peserta tentang tanggungjawab kepada sikap mereka.

Jika Kemalangan Berlaku
Adalah mustahak menganalisa kemungkinan kemalangan daripada sudut pandangan jika ianya berlaku.Tanya kepada diri anda apakah perkara yang paling dasyat.Kemudian tanya diri anda lagi apa yang boleh lakukan bagi mengurangkan kemungkinan kemalangan.

MENGUMPUL DAN ANALISA DATA KEMALANGAN
Apabila kemalangan berlaku, adalah penting diambil semua isi keterangan mengenai apa yang telah berlaku.Analisa secara mendalam dan pastikan jika perlu dibuat pertukaran di dalam program tersebut bagi mengurangkan kemungkinan kemalangan yang sama berlaku di masa hadapan.Menyimpan rekod dan laporan membolehkan pertubuhan mencari jalan bagaimana cara untuk menukar bentuk latihan kepada ketua, peralatan, aktiviti dan laluan.

Laporan Kemalangan
Laporan kemalangan hendaklah disediakan bilamana kemalangan berlaku semasa aktiviti.Ianya merupakan laporan bertulis bagaimana kemalangan itu berlaku, bila dan apakah rawatan yang telah diberikan kepada orang yang telah cedera.Borang ini hendaklah dipenuhi di bawah garis panduan berikut:

Ø Jika kecederaan atau kesakitan itu memerlukan rawatan lebih dari satu hari daripada aktiviti itu.
Ø Jika kecederaan atau kesakitan itu menyebabkan peserta terlepas sebahagian daripada aktiviti.Contohnya kumpulan terpaksa menanti separuh hari untuk yang cedera pulih semula.
Ø Jika peserta perlu di bawa kepada kemudahan perubatan untuk pemeriksaan atau rawatan sekalipun ianya sebagai pesakit luar.

Laporan Hampir Berlaku
Terdapat lebih banyak kejadian hampir berlaku daripada berlakunya kemalangan.Jika anda hanya menganalisa kemalangan,gambaran sebenarnya akan tertinggal dan boleh jadi meninggalkan isu-isu yang penting untuk keselamatan yang masih belum diselesaikan.Borang laporan hendaklah dipenuhkan bilamana kemalangan hampir berlaku.Keadaan di mana tiada siapa yang cedera tetapi keputusannya boleh menyebabkan kecederaan.Ianya berguna sebagai perhubungan dengan lain-lain keterangan semasa perjalanan di dalam kawasan tersebut yang diperlukan.

Laporan Kecemasan
Borang laporan hendaklah dipenuhkan bilamana terjadinya kecederaan yang memerlukan pertolongan rawatan dari luar.Reka bentuk barang hendaklah yang mudah diisi dan pastikan semua keterangan yang penting disampaikan kepada pihak yang berwajib.

Analisa Data
Hendaklah seringkali dilakukan pemeriksaan laporan kemalangan dan hampir berlaku bagi menilai Bahaya Alam Sekitar dan Bahaya Yang Disebabakan Manusia yang boleh membawa kepada berlakunya kemalangan itu.Juga menentukan jika polisi, tatacara, garis panduan, latihan atau peralatan di mana dapat membantu samada melindungi kemalangan di masa hadapan atau memberi ketua lebih kebolehan untuk tindak balas sekiranya berlaku lagi.Biasanya analisa data dilakukan oleh Pegawai Keselamatan atau Jawatankuasa Keselamatan.

Analisa Penilaian Risiko
Pengurusan Keselamatan bermula dengan mendalami analisa penilaian risiko bagi mencari ruang kemungkinan kemalangan.Analisa ini mestilah dibuat pada setiap aktiviti yang hehdak dijalankan.Dalam beberapa perkara anda mungkin memikirkan perlu dibuat analisa kepada ketua program terlebih dahulu, dan kemudiannya peserta.Berdasarkan kepada taraf kebolehan ketua program anda, cadangkan apakah aktiviti yang sesuai dengan taraf kebolehannya.Analisa itu hendaklah termasuk perkara-perkara yang tersebut di bawah:

PROGRAM
- Aktiviti – jenis program / aktiviti ( berkayak, perkhemahan, rock climbing ) akan mempunyai berlainan jenis Bahaya Alam Sekitar dan kemungkinan berlaku kemalangan.
Ø Apakah factor menangani bahaya di dalam aktiviti?Samada boleh dikawal atau tidak boleh dikawal?
Ø Apakah taraf kebolehan yang diperlukan oleh peserta?
Ø Apakah taraf kemahiran yang diperlukan oleh ketua?
Ø Apakah peralatan yang diperlukan?
Ø Apakah jenis latihan bagi penggunaan peralatan yang diperlukan oleh ketu dan peserta?

- Bilangan penyertaan – terdapat beberapa factor di dalam bilangan penyertaan dalam program yang boleh membawa masalah kepada keselamatan.Ianya termasuk:
Ø Umur peserta
Ø Pengalaman lalu – program pengenalan kepada orang baru atau program yang menyediakan aktiviti untuk mereka yang berpengalaman atau program yang mencampurkan kedua-duanya sekali.
Ø Keadaan fizikal
Ø Mental dan keadaan tekanan perasaan
Ø Kerelaan menyertai – sukarela ( percuma atau bayar untuk menyertai ) atau dikehendaki untuk menyertai

- Tempat ( lokasi ) – tempat dimana aktiviti akan dijalankan juga menjadi factor yang penting:
Ø Berapa lamakah perjalanan dan jenis perjalanan yang diperlukan untuk sampai ke tempat aktiviti yang hendak dijalankan dan kembali?
Ø Bagaimana peserta atau kumpulan bergerak?Secara sendiri, berkumpulan dan sebagainya.
Ø Berapa jauhkan di pendalaman aktiviti itu diadakan?Aktiviti yang jauh dari perhubungan perlu bantuan tambahan dan kurang harapan pertolongan semasa kecemasan.Ini memaksa peserta melakukan taraf rendah kesukaran aktiviti berbanding dengan kawasan yang berdekatan dengan perhubungan.Contohnya, mendaki Gunung Tahan, ianya mempunyai jumlah halangan dan kesukaran serta jauh di pendalaman.

- Cuaca – jenis cuaca untuk aktiviti dan musim akan menambahkan factor menentukan taraf kebolehan, keadaan fizikal dan umur kepada mereka yang akan menyertainya.

PESERTA
Siapa peserta dalam aktiviti adalah penting untuk di ketahui.Terdapat beberapa factor penting yang perlu diberi perhatian:
Ø Peserta membayar yuran untuk penyertaan, dibayar oleh orang lain ( ibubapa ) atauia menyertai tanpa memerlukan pembayaran.
Ø Adakah peserta perlu mangadakan peralatan sendiri atau penganjur akan menyediakan sebahagian atau semua peralatan?
Ø Bagaimana program diiklankan?Adakah ianya disiarkan di dalam akhbar rasmi atau melalui ‘Newsletter’?Perlukah peserta mendaftarkan diri atau sebagainaya?
Ø Adakah peserta perlu menandatangani surat perakuan diri atau surat pelepasan?
Ø Apakah jika ada apa-apa kontrak antara peserta dengan badan penaja?



Pemilihan Peserta
Pemilihan peserta untuk menyertai aktiviti adalah mustahakbagi memastikan keselamatan individu dan juga keselamatan kumpulan.Jika seseorang menghadapi masalah di perjalanan, lain-lain ahli kumpulan mungkin dipanggil untuk berhadapan dengan keadaan, di mana meletakkan mereka dalam risiko.Sebahagian daripada proses pemilihan ialah memberi penerangan kepada peserta untuk memilih aktiviti tertentu yang sesuai untuk mereka.Penyelidikan perseorangan sangat berguna bagi mencari jawapan mengapa keterangan pra aktiviti dan system pemarkahan sangat berguna.Pemilihan juga memberi peluang kepada anda untuk berkaat ‘ tidak boleh ‘ jika anda percaya seseorang itu tidak bersedia untuk mengikuti aktiviti pada tahap itu atau penyertaan mereka boleh menyebabkan taraf bahaya yang tidak boleh diterima oleh peserta-peserta lain.Pemilihan peserta hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara ini:





KETERANGAN SEJARAH KESIHATAN
Dalam hal mendapatkan keterangan yang tepat daripada peserta, maka mestilah memahami bahawa keteranagan ini hendaklah disimpan sebagai rahsia.Sebagai ketua, anda perlu mengetahui sejarah kesihatan peserta bagi membolehkan anda mengetahui apa yang perlu dibuat jika ianya terjadi semasa aktiviti berjalan.Di masa yang sama, individu tersebut tidak mahu orang lain mengetahui keadaannya.Ini merupakan salah satu sebab mengapa ketua yang dilantik diperlukan.Ianya merupakan seorang yang bertanggungjawab termasuk dapat menyimpan perkara yang rahsia.Sebahagian keterangan yang diperlukan termasuklah:
Ø Sejarah Kesihatan
Ø Alahan
Ø Rawatan
Ø Pantang Makanan
Ø Memerlukan pelalian

KEADAAN FIZIKAL ( KESIHATAN )
Adalah penting bagi membuat penilaian peserta mengenai keadaan kesihatannya yang terkini ( basic aerobic condition ).Penilaian ini bertujuan untuk memeriksa samada peserta secara fizikalnya mampu menyertai dengan selamat pada tahap kesukaran yang di tentukan atau jika aktiviti tersebut berdasarkan kepada siapa peserta yang menyertainya, apakah tahap aktiviti yang akan di jalankan.

PENGALAMAN LALU
Mustahak diketahui mengenai pengalaman lalu peserta tentang aktiviti, berapa banyak, berapa kerap, apakah tahap kesukaran dan berapa lamakah.Jika seseorang itu mendaftar untuk menyertai ekspedisi kayak yang lasak dan ianya tidak berkayak sudah 5 tahun, hanya sekali sekala sahaja, anda perlu memeriksa peserta itu betul-betul sebelum membenarkan ianya menyertai atau katakana tidak boleh.Cara yang sebaiknya suruh peserta tersebut menyertai latihan dahulu dan lihat samada ianya boleh atau tidak.

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Ø Alamat dan nombor telefon
Ø Menyediakan insuran kesihatan
Ø Siapa yang boleh dihubungi semasa kecemasan
Ø Kebenaran untuk membuat pemeriksaan kesihatan
Ø Peralatan yang diperlukan
Ø Keperluan khas

LATIHAN PESERTA
Bilamana sebahagian peserta kurang pengalaman dari lain-lain peserta di dalam kumpulan, pembelajaran menjadi tugas utama bagi ketua dan penting bagi Program Pengurusan Keselamatan.Tujuan utama anda ialah untuk membolehkan peserta menjaga keselamatan diri mereka.Beberapa perkara hendaklah difikirkan bila mengajar kemahiran:
Ø Diajar Model Kemalangan Dinamik – ini membolehkan peserta mengurus keselamatan diri secara aktif.
Ø Menggunakan Rancangan Mengajar – kembangkan rancangan mengajar akan kemahiran yang terkini dengan cara yang munasabah, dan cara yang betul.Ini adalah baik bagi peserta menguasai kemahiran.

KETUA DAN LATIHAN KETUA
Siapa yang akan mengetahui aktiviti dari satu program ke satu program.Dalam hal ini terdapat ketua yang dibayar dan ada ketua yang bertugas secara sukarela tanpa bayaran.Terdapat juga program tiada ketua, semua orang berkumpul di suatu tempat dan pergi model pengamal rekreasi biasa.

Model pengamal rekreasi biasa, jarang digunakan oleh kelab atau pertubuhan rekreasi di mana tiada siapa dilantik menjadi ketua secara sah menjaga peserta.Dalam hal semua peserta berpengalaman tinggi, mempunyai pengetahuan melakukan aktiviti yang selamat dan memahami serta menerima kemungkinan kemalangan, model pengamal rekreasi biasa berjalan dengan baik sekali.Walaubagaimanpun, masih banyak pertubuhan menyediakan aktiviti pengenalan kepada orang baru.Ianya melahirkan sekurang-kurangnya etika kepada rangka aktiviti dan melindungi mereka daripada kemungkinan kemalangan.Ini bermakna pertubuhan bukan sahaja menjalankan aktiviti malah memberi pembelajaran kepada orang ramai bagaimana melakukan aktiviti, menjaga keselamatan, mengikuti peraturan menghormati alam semulajadi.Langkah ini perlu diambil oleh ketua aktiviti, mengajar teknik kepada mereka yang kurang pengalaman dan mengawal keselamatan untuk peserta.

Didalam semua aktiviti yang ketuanya disediakan, satu perkara yang boleh dikenalpasti ialah beberapa kemahiran asas perlu ada bagi seseorang untuk mengendalikan aktiviti dengan selamat.Ternyata di sini individu yang dibayar untuk mengetuai aktiviti boleh dianggap seorang yang mahir ( profesional ) dan boleh dikehendaki oleh pertubuhan mencapai beberapa tahap tertentu untuk latihan dan persijilan.Bagaimanapun, apa akan terjadi bila individu itu bertugas secara sukarela?Berapa banyak latihan yang boleh kita kehendaki daripada mereka?Ini akan menjadi isu utama bagi tujuan menseimbangkan kedudukan.Sukarelawan adalah separa mahir dimana mereka tidak boleh dikehendaki mempunyai taraf yang sama dengan yang mahir.
Bagaimanapun, jika seseorang peserta patah kaki semasa aktiviti, sukarelawan boleh jadi dikehendaki mempunyai kebolehan yang serupa untuk membolehkan ia untuk menghadapi keadaan tersebut.Setiap program akan memerlukan untuk menentukan kebolehan yang munasabah dan latihan yang diperlukan bagi seseoarang untuk mengetuai aktiviti dengan selamat.Adalah penting untuk menseimbangkan taraf kesukaran aktiviti dengan taraf pengalaman dan latihan yang dipunyai oleh ketua.Pihak pertubuhan perlu berusaha bagi menambahkan tahap kemahiran ketu dan latihan.

Beberapa asas kemahiran dan peralatan hendaklah juga diperkenalkan dalam apa saja aktiviti rekreasi luar ( pengetahuan pertolongan cemas, alatan perubatan, pengalaman dengan aktiviti tertentu dan lain-lain ).Jika peserta tidak mempunyai pengetahuan untuk melakukan ini, seseorang bertanggungjawab untuk menyediakan perkara ini, di mana ianya kembali kepada pertubuhan yang menganjurkan.

MAKLUMAT PRA PERANCANGAN
Intipati kepada apa saja Program Keselamatan bergantung kepada pra-perancangan.Ianya penting meliputi sebahagian besar pelbagai perkara sebelum aktiviti di jalankan.



Sebelum Aktiviti
- Aktiviti
Jenis aktiviti, tempat aktiviti akan diadakan, berapa lama dan masa.Taraf kesukaran
Aktiviti, sukatan kesukaran aktiviti seperti kelas III perjalanan sungai atau Level C Trekking.Senarai perkara-perkara mengenai aktiviti adalah memudahkan peserta memilih aktiviti yang bersesuaian dengan keadaan fizikal dan taraf pengalaman yang mereka ada.Kadangkala, kesukaran aktiviti itu tidak boleh ditentukan sehinggalah peserta mendaftar diri untuk menyertainya.Dalam hal ini anda perlu berhati-hati memilih peserta dan menentukan taraf aktiviti di mana anda dapat menganjurkannya dengan peserta-peserta tersebut.

Perancangan Laluan
- Keadaan trek ( denai )
- Kemudahan dan mutu air
- Pihak berwajib
- Nombor telefon kecemasan
- Ramalan cuaca
- Lapor semua perancangan perjalanan kepada pengarah program

Borang Penyertaan
Penyediaan borang penyertaan adalah perlu untuk mendapatkan keterangan mengenai pengalaman lalu, apa-apa masalah kesihatan, alahan, masalah makanan dan lain-lain.Selain dari itu, disertakan juga Surat Perakuan Diri atau Borang Andaian Kemalangan.Apa bentuk surat keterangan sekalipun, pihak pertubuhan hendaklah mengarahkan dan memberi peluang kepada peserta untuk membaca dan berhati-hati menerimanya dan memutuskan samada menandatangani atau tidak.Jika mereka memilih untuk tidak menandatangani, polisi pertubuhan mungkin tidak membenarkan penyertaan mereka.Terbukti disini adalah baik ianya berlaku sebelum bukan semasa.
Peralatan
Apakah keperluan peralatan yang perlu disediakan oleh peserta dan apa yang boleh disediakan oleh pertubuhan.Dalam sesetengah perkara, peserta yang tidak mempunyai peralatan tertentu tidak dibenarkan menyertai aktiviti.
Ø Apa yang perlu dibawa – ketua perlu memastikan apakah peralatan yang diperlukan oleh program berdasarkan kepada aktiviti, tempat dan cuaca.
Ø Periksa peralatan tersebut – ketua perlu memastikan peserta mempunyai peralatan tertentu yang diperlukan.Jika peserta membawa peralatan sendiri, ianya mesti diperiksa bagi memastikan ianya berkeadaan baik.Begitu juga dengan semua peralatan pertubuhan, hendaklah diperiksa bagi memastikan ianya berada dalam keadaan yang baik.
Ø Bagaimana menggunakannya – Peserta mestilah diajar mengenai cara yang sesuai dan selamat menggunakan peralatan.

Polisi
Peserta perlu diberitahu seawal yang boleh mengenai polisi pertubuhan, contohnya penggunaan dadah dan minuman keras diharamkan, bukan ahli tidak dibenarkan menyertai aktiviti.



Semasa Aktiviti Berjalan
Ø Ajar mengenai Formula Kemalangan Dinamik
Ø Beri taklimat Alam Sekitar
Ø Mengajar Kemahiran – rancangan mengajar hendaklah dikembangkan pada tiap-tiap aktiviti yang besar.Rancangan ini hendaklah disampaikan dengan cara yang telah difikirkan dengan baik, secara sedikit demi sedikit untuk mengajar kemahiran.
Ø Tindak Balas Kemalangan – sekiranya berlaku kemalangan,tanganinya dengan sebaik yang mungkin agar ianya tidak menambahkan kecederaan atau memburukkan keadaan.Butiran tertentu mengenai tindak balas kemalangan akan meliputi latihan Pertongan Cemas dan Bantu Mula.
Ø Kesalahan Berganda – melalui kurang pertimbangan atau terlebih reaksi.

Selepas Aktiviti
Catat atau tulis apa-apa kemalangan yang telah berlaku atau hampir berlaku atau keterangan yang hendak di sampaikan.Laporkan keterangan ini terus kepada pengarah program.

PERANCANGAN AKTIVITI
Perancangan aktiviti penting bagi merancang aktiviti yang selamat.Beberapa perkara perlu diambil perhatian:
Ø Laluan
Ø Cuaca
Ø Peralatan yang diperlukan
- Peralatan persendirian – apakah peralatan yang perlu individu sediakan, dan apa peralatan yang disediakan pertubuhan.

Lapor perancangan perjalanan – bilamana aktiviti berjalan, perancangan perjalanan menunujukkan cadangan laluan dan cadangan masa untuk kembalihendaklah dilaporkan kepada yang berkenaan atau seseorang.Pihak ini perlulah dihubungi setekah kumpulan kembali.Jika kumpulan tidak pulang seperti masa yang dicatatkan, tatacara mengambil tempat bagi apa yang sepatutnya yang dibuat (hubungi pihak yang berwajib).

Siapa yang mengetuai – di dalam apa keadaan sekalipun adalah mustahak bagi tiap-tiap orang memahami siapa yang menjadi ketua.Dalam aktiviti di mana ketua telah dikhaskan, sudah tentu mereka yang akan bertugas, kecuali terdapat seseorang yang lebih berpengalaman di dalam kumpulan itu.Contohnya peserta yang mempunyai lebih pengalaman di dalam bidang pertolongan cemas seperti ahli perubatan, mereka boleh mengambil tugas semasa kecemasan.

Protokol kecemasan – hendaklah ada beberapa protokol yang boleh di fahami bagi berurusan dengan kecemasan biasa (lihat polisi, tatacara dan garis panduan di bawah).

POLISI, TATACARA DAN GARIS PANDUAN
Dalam Program Pengurusan Keselamatan, menentukan polisi, tatcara dan garis panduan untuk beroperasi juga menjadi perkara yang penting.Hendaklah ada polisi, tatacara dan garis panduan yang digunakan adalah berbeza antara sesuatu pertubuhan.Apa yang digunakan oleh sebuah pertubuhan sebagai polisi mungkin hanya menjadi garis panduan bagi sesebuah pertubuhan lain.

Dalam hal aktiviti tertentu seperti berkayak, rock climbing, trekking dan lain-lain, terdapat beberapa polisi, tatacara dan garis panduan yang amnya diterima oleh semua pertubuhan rekreasi luar.Adalah mustahak bagi semua pertubuhan memahami ianya tetera sebagai penerangan yang serupa.Cuba anda cari pertubuhan yang serupa dengan pertubuhan anda dan perhatikan apa yang mereka lakukan dan bagaimana polisi, tatacara dan garis panduan mereka berjaya bagi Program Pengurusan Keselamatan mereka.Dinyatakan di bawah ini sebenarnya mengikut sususnan.

Ø Polisi – kenyataan yang memantapkan kesahihan program beroperasi.Contohnya dalam aktiviti berkayak semua peserta diwajibkan memakai jaket keselamatan atau semua peserta dikehendaki menandatangani boring anggapan risiko).
Ø Tatacara – cara untuk melakukan sesuatu dalam keadaan tertentu.Tatacara biasanya kurang penting dari polisi.Contohnya bila menyeberangi sungai dengan beg sandang,kepala tali pinggang hendaklah dibuka.Mengambil ini sebagai tatacara akan memberi sedikit peluang kepada ketua membuat keputusan.Jika sungai airnya hanya sedalam 6 inci, mungkin tatacara ini tidak diperlukan.
Ø Garis Panduan – saranan bagaimana untuk meneruskan aktiviti dalam keadaan tertentu.


PERTIMBANGAN
Dalam apa jua aktiviti anda sebagai ketua atau pengarah program perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada semua perkara semasa program berjalan demi keselamatan keseluruhannya:
Ø Tahu had anda had kumpulan
Ø Bersikap berhati-hati
Ø Bertolak ansur – misalnya tukar laluan jika perlu, berkhemah awal jika kumpulan letih.

MELAKSANAKAN PERTUKARAN PROGRAM
Melalui analisa data, terdapat saranan kepada keperluan melaksanakan pertukaran program.Perlaksanaan pertukaran program mungkin dilakuakn oleh pegawai Keselamatan, Jawatankuasa Keselamatan atau lain-lain badan di dalam pertubuhan.Memperbaiki program Keselamatan melibatkan semua perkara yang dibincangkan di atas:Perkara asas untuk pertukaran adalah seperti berikut:

PRA PERANCANGAN – AKTIVITI BERJALAN – TINDAK BALAS KEMALANGAN – LAPORAN – ANALISA KEMALANGAN – PERTUKARAN PROGRAM – PRA PERANCANGAN.

3 ulasan:

  1. apakah kepentingan pengurusan risiko ni admin?
    berminat nak tahu..contohnya adakah macam ini?
    kepentingan dalam pemilihan peserta utk melihat sejarah kesihatan, pengalaman dan sebagainya untuk mengurangkan risiko?
    tlg jawab.terima kasih tuan admin.

    BalasPadam