Selasa, 10 Mac 2009

SEJARAH ORIENTEERING

Perkembangan Antarabangsa

Orienteering mula diperkenaklan di Sweden pada tahun 1918 di kalangan tentera dan kemudiannya Major Killander mempopularkan sukan orienteering kepada orang awam. Pada tahun 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation – IOF) ditubuhkan di Copenhagen dengan keahlian 10 buah negara – Bulgaria, Cezcholovakia, Denmark, Finland, Hungary, Jerman Barat, Jerman Timur, Norway, Sweden dan Switzerland.

Perkembangan di Malaysia.

Orienteering mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudian pada tahun 1986, Persatuan orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan – WOA ditubuhkan. Pada tahun 1988, WOA buat julung kalinya telah berjaya mengadakan Kejohanan orienteering Terbuka Malaysia pada tahun 1988.

Walaupun sukan orienteering di Malaysia pada ketika itu masih belum mempunyai satu badan peringkat kebangsaan, namun demi untuk mengikuti perkembangan dunia orienteering diperingkat antarabangsa, WOA telah berusaha untuk memohon bagi mewakili Malaysia untuk menjadi Ahli Gabungan kepada IOF pada tahun 1992. IOF telah meluluskan dan mengiktiraf WOA sebagai sebuah badan sementara bagi mewakili Malaysia di dalan IOF.

Pada tahun 1994, sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan Orienteering Malaysia – MOA) telah berjaya ditubuhkan bagi menyelaraskan segala aktiviti sukan orienteering di Malaysia dan sebagai satu badan orienteering yang mewakili Malaysia di dalam IOF. MOA ditubuhkan dengan mempunyai 7 cawangan negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terangganu dan Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan