PENGENALAN
1. Tujuan ringkasan ini ialah untuk menerangkan unsur-unsur pandu arah hutan dan menunjukkan bagaimana hendak menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik-baiknya.
2. Prinsip asas dalam baca peta masih dan berguna di dalam sebarang keadaan tanah.Bukannnya bermaksud hendak mengulanginya di sini,hanya untuk menekankan atau untuk penerangan kerana prinsip-prinsip tersebut melibatkan pandu arah di hutan.
3. Sebahagian besar dari Malaysia masih lagi di penuhi dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan hutan tropikal, atau di mana telah di bersihkan di penuhi dengan tanaman getah.Kedua-duanya menghadkan penglihatan.Ini membuatkan penggunaan sifat-sifat keadaan tanah sebagai tanda pengenalan atau tanda panduan sukar jika tidak mustahil.Ini bersama dengan kenyataan bahawa sebahagian besar dari kawasan-kawasan tidak dipetai dengan tepat, membuatkan pandu arah dengan pandangan sukar.Penggunaan kompas bersama dengan pengiraan jarak adalah dimestikan.
4. Ketebalan hutan bersamaan dengan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau (rugged) akan menjadikan pergerakan lambat dan meletihkan, jadi semasa mengagak jarak peta, pemikiran mestilah diberikan bukan sahaja berasaskan jenis-jenis tumbuhan yang terdapat malah kecerunan tanah yang akan dilalui mesti dipertimbangkan.Jarak yang sebenarnya akan berkali ganda jarak peta apabila pelencungan telah di buat dan kecerunan di atasi.Adalah mustahil untuk menentukan kelajuan pergerakan yang tepat untuk setiap jenis perjalanan.Berikut diberikan data asas untuk perancangan.Ini juga akan di pengaruhi dengan keadaan fizikal anggota-anggota dan berat peralatan yang terpaksa dibawa mengikut pengalaman di kawasan tersebut.
a. Hutan Belantara 1000 - 2000 ela / sejam
(Primary Jungle)
b. Hutan Belukar 500 - 800 ela / sejam
(Secondary Jungle)
c. Resam ( Fern ) 200 - 500 ela/sejam
d. Paya ( Swamp ) 100 - 200 ela / sejam
e. Lalang 500 - 1000 ela / sejam
f. Kebun getah yang bersih 3000 - 4000 ela / sejam
( Well Kept Rubber )
5. Maklumat ini adalah tepat di segi menunjukkan rupa bentuk bukit-bukit, sungai-sungai dan ‘Spot Heights’.Memandangkan ianya dibuat (peta) dari gambar udara (air photo), ia hanya menunjukkan hutan dari atas yang dilindungi oleh daun-daun kayu.
Lain-lain butir seperti tebing tinggi , air terjun dan sebagainya yang menjadikannya sebagai halangan kepada anggota-anggota berjalan kaki tidak di tunjukkan di peta.Tambahan pula,dengan pembangunan yang pesat, sempadan hutan, jalan denai, lalang dan kampong bertukar tempat dengan cepat sehingga susah hendak di jadikan tanda panduan yang boleh di percayai.Di sesetengah kawasan,bijih dan logam magnetic menjadikan bacaan kompas terganggu.Di mana kawasan ini di ketahui, ia ditandakan dengan garisan putus-putus.
6. Disebabakan ini, adalah mustahak peta-peta di gunakan apabila boleh, dengan gambar udara dan maklumat-maklumat di kemaskinikan.
7. Dengan meneliti, satu peta yang boleh di percayai akan dapat menolong penggunanya membayangkan kedudukan tanah dan seterusnya menolongnya mencari arah dan memilih lencongan untuk mengelak perjalanan yang sukar.
8. Di Malaysia, peta I inci ke 1 batu dan peta 1 : 25,000 didapati untuk kebanyakkan kawasan-kawasan .Percetakan akhir di cetakkan dengan baik dan tepat.Peta 1 : 25,000 sangatlah mustahak untuk memberi keterangan yang lebih jelas dan digunakan sebagai peta mencatat peristiwa.
9. Semua pegawai-pegawai estet, Jabatan Hutan dan Pembangunan Luar Bandar mempunyai peta-peta yang tepat dan senantiasa di kemaskinikan, dengan perhubungan yang baik dengan Jabatan Pengeluar.
10. Peta-peta, semasa di bawa mestilah dijaga dengan rapi dari lembab dan kerosakan.Bekas peta yang selalu di keluarkan dari setor kelengkapan tidak sesuai di bawa merata-rata.Sebagai ganti yang baik, plastik pembalut ransum bungkus boleh digunakan atau dibuat sendiri dari kertas plastik.Peta mestilah disimpan di tempat yang senang di ambil untuk dirujuk.Selalunya kocek seluar di kaki seluar kiri adalah tempat yang paling sesuai.Di dalam kawasan paya, simpan di dalam baju adalah lebih baik lagi.
GAMBAR UDARA DAN PETA KETERANGAN BERGAMBAR ( ANNOTATED PHOTOGRAPHIC MAPS )
Gambar udara adalah kemaskini dan boleh dilihat di dalam stereo dan boleh dijadikan peta gambar.Peta-peta ini berguna terutama sekali di kawasan yang mana hanya pemetaan yang tidak sempurna dijalankan.Ini boleh didapati didalam susunan yang lengkap untuk dijadikan mosaik (mosaic) di dalam bentuk peta bergambar yang dicetak dengan sungai dan rupa bentuk tanah di tunjuk dengan jelas untuk membolehkannya dilihat melalui ‘stereo viewer’.Gambar-gambar berukuran besar sesebuah kawasan yang tertentu, umpamanya perkampungan dan kawasn sekelilingnya boleh dibuat apabila di minta.Gambar-gambar ini adalah perlu untuk menambah maklumat kepada peta-peta.Gambar-gambar ini, adalah perlu untuk menambah maklumat kepada peta-peta.
KOMPAS
1. Kompas adalah alat yang paling tepat untuk menjaga arah.Ia di gunakan semasa bergerak di hutan dan mesti di gunakan sepanjang masa jika arah yang tepat hendak di simpan.Pengubahan magnetik adalah terlalau kecil di Asia Tenggara.Walaupun pergerakan yang betul-betul lurus dengan kompas jarang sekali boleh di laksanakan disebabkan rupa bentuk muka bumi yang berbukit-bukau , penggunaan kompas dan peta yang pintar akan menjadikan pandu arah tepat di mana saja dilakukan.
2. Kompas sepatutnyauntuk digunakan dan selalu di rujukkan.
GUNAKAN KOMPAS BUKAN NALURI ARAH ANDA!!!
(use your compass not your sense of direction)
MATAHARI BULAN DAN BINTANG
1. Di Malaysia, matahari hanya digunakan sebagai bantuan untuk mencari arah hanya sebelum jam 1000 dan selepas jam 1600.Ia tidak sepatutnya digunakan dengan ‘Sun Watch Method’.Bulan tidak ada niai sebagai panduan memberi arah.
2. Cakerawala-cakerawala boleh digunakan, yang mana dapat dilihat dan dikenali sebagai panduan untuk mencari arah yang kasar jika kompas tidak di dapati.
PENGESAN DAN PEMANDU TEMPATAN
Seorang ketua mesti mengetahui terlebih dahulu samada penduduk tempatan di kawasan itu boleh di percayai dan berupaya untuk mengesan atau tidak.Jika mereka mampu, maka bolehlah di gunakan untuk mengesan balik ke pangkalan.Pemandu tempatan yang tidak di ketahui mutu kecekapannya tidak boleh di harap sangat kerana mereka kurang memahami nilai masa atau jarak.
PENGALAMAN YANG LEPAS
Semua anggota terutama sekali ketua-ketua mestilah digalakkan mempelajari keadaan am kawasan laluan mereka, kedudukan tanda-tanda panduan yang boleh dikenali, arah mengalirnya sungai-sungai besar, keadaan tanah-tanah dan pantai-pantai.Ini semua boleh dipelajari dari penglamannya yang senantiasa bergerak tanpa berpandu kepada kompas.
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan