Titik kawalan adalah satu kedudukan yang telah ditentukan yang perlu dilawati oleh setiap peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri semulajadi atau buatan manusia di mana ciri-ciri tersebut mestilah terdapat atau telah dilukiskan di dalam peta yang akan digunakan.
Kedudukan ini bolehlah dianggap sebagai titik pemereksaan (check ponits) tetapi apa yang menarik ialah kedudukan tidak dikawal atau tidak dijaga oleh sesiapa.
Penanda Kawalan (Control Marker)
Bagi membantu dan menentukan para peserta tiba di titik kawalan yang betul, satu penanda yang khas iaitu penanda kawalan digantung pada setiap titik kawalan. Setiap penanda kawalan mempunyai kod kawalan iaitu dalam bentuk nombor atau huruf atau kombinasi nombor dan huruf. Setiap kod untuk penanda kawalan adalah unik iaitu tidak ada penanda kawalan yang mempunyai kod yang sama. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik kawalan yang betul.
Di setiap penanda kawalan ini, sebuah penebuk (puncher) turut digantung bersama. Setiap penebuk yang juga unik ini adalah digunakan untuk menebuk kad kawalan setiap peserta.
Kad Kawalan (Control Card)
Sebagai membuktikan peserta telah melawati setiap kawalan, setiap peserta perlu membawa bersama kad kawalan yang disediakan oleh penganjur. Antara butiran yang terdapat di dalam kad kawalan adalah masa mula dan masa tamat peserta yang akan dicatatkan oleh pengelola atau penjaga masa.
Apabila tiba di suatu titik kawalan, peserta perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan khas dengan menggunakan penebuk yang tersedia bersama penanda kawalan. Kad ini perlu diserah kepada penjaga masa apabila peserta tiba ditempat penamat untuk dicatitkan masa.
Peta utama (Master Map)
Peta utama adalah peta yang menunjukkan landasan (course) yang akan digunakan oleh para peserta. Landasan tersebut perlu disalin ke atas peta peserta sebaik sahaja tiba masa untuk memulakan acara. Perhatian perlu diberi ketika menyalin agar tidak ada berlaku kesilapan kerana jika peserta tersalah tanda kedudukan titik kawalan di atas peta beliau, ini boleh menyebabkabkan peserta tidak akan menjumpai titik kawalan itu. Namum perlu di ingat bahawa masa telahpun berjalan ketika salinan dibuat, oleh itu elakkan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyalin.
Keterangan Kawalan (Control Description)
Keterangan kawalan adalah satu senarai titik-titik kawalan yang terdapat di dalam sesuatu landasan. Di dalam senarai ini terdapat butiran siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan ringkas mengenai kawalan tersebut. Keterangan ini yang mana juga perlu disalin oleh peserta sebelum memulakan larian, bertujuan untuk memberi panduan kepada peserta untuk tiba di kedudukan titik kawalan yang betul. Siri titik kawalan adalah menunjukkan bilangan titik-titik kawalan yang terdapat disetiap penanda kawalan. Keterangan untuk setiap kawalan merupakan suatu keterangan ringkas mengenai apakah ciri yang terdapat disesuatu kawalan itu.
Contoh keterangan kawalan,
Landasan (Course)
Landasan merupakan satu kumpulan titik-titik kawalan yang perlu di lawati mengikut susunan tertentu. Landasan dilukis di atas peta utama yang merangkumi semua kedudukan titik-titik kawalan, titik permulaan dan titik penamat. Setiap titik kawalan ditanda dengan tanda dengan tanda bulatan, titik permulaan ditanda dengan tanda tiga segi dan titik penamat di tanda dengan tanda dengan bulatan dua garisan.
Garisan lurus yang dilukis menghubungi setiap titik adalah sebagai panduan arah pergerakan kepada peserta. Walau bagai mana pun, adalah terpulang kepada peserta untuk menentukan pergerakkannya samada akan mengikuti arah garisan tersebut (ini bermakna mengikut arah kompas sepenuhnya) atau menggunakan laluan lain yang difikirkan lebih mudah dan pantas.
Jarak sesuatu landasan adalah dikira dari titik permulaan melalui kesemua titik-titik kawalan mengikut garisan lurus yang telah dilukiskan sehinggalah ke titik penamat, di mana ukuran dari satu titik penamat, di mana ukuran dari satu titik ke satu titik yang lain dibuat adri tengah-tengah setiap tanda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan