1. Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini – orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.
2. Orienteering Bermarkah (Score orienteering)
Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan penelti dan bentuk penelti bergantung kepada penganjur.
Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
3. Orienteering Jalanraya (Street orienteering)
Walau pun dikenali sebagai orienteering jalanraya tetapi ianya tidaklah dilakukan di jalanraya yang sibuk. Acara ini dijalankan dikawasan perumahan.
Penanda kawalan biasanya tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatit butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan sebagainya.
4. Orienteering Bukit (Mountain orienteering)
Orienteering ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh. Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam.
Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan daya keyakinan yang mantap.
5. Orienteering Malam (Night orienteering)
Orienteering malam dijalankan dikawasan terbuka seperti di taman-taman dengan jarak landasan yang pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.
6. Orienteering Berganti-Ganti (Relay orienteering)
Acara ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
7. Norwegian Event
Acara ini adalah satu acara yang digunakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang di dalam kawasan yang kecil ataupun di kawasan yang sempit.
Tidak seperti acara lain, peserta bagi acara ini akan hanya diberi menyalin kedudukan titk permulaan dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titk kawalan yang kedua pula dari satu peta yang tersedia di situ. Proses ini akan terus dilakukan sehingga peserta tiba di titik penamat.
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan