KAYAK – SEJARAH SEPINTAS LALU
Pendayung-pendayung kenu dan kayak di masa kini menikmati kemudahan
pergerakan kenderaannnya yang hidronamik dan diperbuat daripada bahan yang begitu teguh dan boleh dipergunakan di berbagai keadaan air.
Sebenarnya kemudahan yang di nikmati ini adalah menuruti satu revolusi sejarah pembinaan yang mengkagumkan.
Pada zaman dahulu, malah sehingga sekarang kenu ( canoe ) atau dugout masih digunakan oleh sesetengah masyarakat sebagai kenderaan pengangkutan, memburu dan berniaga.Di Amerika Utara pula, kenu kaum Red Indian diperbuat daripada kulit-kulit pokok papyrus atau balsa dan kaum Eskimo pula melapikkan kulit-kulit binatang ke atas kayaknya.
Orang yang mula-mula yang boleh dikatakan memperkenalkan kenu sebagai satu sukan pengembaraan ialah seorang peguam Inggeris bernama John Mc Gregor tetapi lebih di kenali dengan nama Rob Roy.
Rob Roy telah memulakan siri-siri pengembaraan yang menakjubkan seperti di sungai Jordan, Nile, Laut Paltic sepanjang pertengahan kurun ke-19.
Kelab kenu pertama di dunia di tubuhkan di Themes, England.Di negara Jerman pula, kegiatan kenu bertambah pesat dengan terciptanya jenis Klepper, yang boleh di pasang simpan ( folded canoe ).
H.W.Fawlata memperkenalkan “ Eskimo Roll ” kepada masyarakat umum di Eropah pada tahun 1927 selepas membuat kajian mengenainya dari orang-orang Eskimo dari kepulauan Artik.
Tahun 1946 pula, memperlihat tertubuhnya International Canoe Federation.Kemahiran-kemaniran dalam kayak juga berkembang dengan pesat apabila Milo Dufek mengubahsuaikan teknik dayungan perahu Canadian ke kayak.
Di Negara kita, aktiviti berkenu dan berkayak telah wujud sejak tahun 50 an lagi.Masyarakat Melayu yang tinggal di tepi-tepi sungai masih lagi menggunakan dugout sebagai kenderaan pengangkutan.
Aktiviti berkayak berkembang dengan pesat apabila wujudnya Persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan “ circumnavigate “ seluruh pantai Malaysia Barat dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai dalam kegiatan ini.Wahab Ibrahim dan Hairuddin pula kemudiannya berjaya menjelajahi pantai Malaysia dalam masa dua bulan.
Laman Sesawang Bersawang Suda
-
Laman sesawang ini dah semakin teruk bersawang. Semuanya gara-gara kurang
daya kemampuan aku untuk beristiqamah di dalam meneruskan penulisan. Aku
gagal......
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan