Rabu, 11 Mac 2009

MENCARI DAN MENYELAMAT

Tatacara mencari dan menyelamat di kawasan terbuka.

Objektif
1. Mengetahui dengan jelas tentang prinsip-prinsip yang betul semasa operasi mencari.
2. Mengetahui dengan jelas teknik-teknik semasa mencari.
3. Dapat memilih teknik-teknik yang ingin digunakan mengikut kesesuaian lokasi operasi mencari.
4. Memain peranan yang betul semasa operasi mencari.
Prinsip
· L - LOCATE
· A - ACCESS
· S - STABILIZE
· T - TRANSPORT

Teknik Mencari
· Follow The Stream
o sesuai bagi kes mencari mangsa yang lemas atau hilang berhampiran dengan sungai.
· Cross The Grain
o Sesuai bagi kawasan bukit yang tidak berapa tinggi.
o Mangsa biasanya tidak akan cuba untuk menaik bukit.
o Dipecahkan kepada beberapa kumpulan dengan jarak lebih kurang 200m antara satu.
o Pergerakkan kumpulan dengan menggunakan bering yang sama.
o Pencarian boleh diadakan dibukit yang kecil.
· Sweep /Grid Search
o Satu pencarian yang lebih teliti tanpa mengabaikan walau seinci tanah.
o Lantik seorang ketua dan Penolong Ketua untuk pasukan mencari. Penolong ketua hendaklah membawa dua tali pandu.
o Dalam gerakan mencari, ketua bermula dari sempadan kawasan kes, di ikuti dengan anggota dengan serapat yang boleh dan yang terakhir ialah Penolong Ketua yang akan memasang pancang dan satu tali pandu.
o Pencarian hendaklah tertumpu di hadapan sahaja tanpa mengambil kira hadapan anggota lain.
o Apabila sampai di hujung sempadan, gerakan pasukan hendaklah berpatah balik.
o Ketua menggulung tali yang di pasang oleh Penolong Ketua,
o Penolong Ketua membuka tali pandu yang satu lagi.
· Base Line Method
o Pencarian yang hampir sama dengan cross the grain.
o Pergerakkan oleh satu kumpulan.
o Setiap lengcongan yang dibuat, bergantung kepada kesesuaian samada 100m atau 200 meter.
o Pergerakan diteruskan sehingga arahan berhenti operasi dikeluarkan
· Fan Searching
o Sesuai bagi kawasan berbukit bukau.
o Kumpulan berkumpul dilokasi yang dikenal pasti.
o Kawasan dipecahkan kepada empat sector.
o Kumpulan dipecahkan kepada empat kumpulan kecil.
o Setiap kumpulan kecil mencari disektor disektor masing-masing.
· Hasty Search
o Sesuai bagi kawasan pencarian yang luas seperti kawasan lading.
o Semua kumpulan mencari disusun sebaris bermula dari sempadan pencarian.
o Setiap ketua kumpulan hendaklah menggunakan peta dan kompas.
o Bering kompas bagi semua kumpulan hendaklah sama.
o Pergerakkan anggota semasa mencari sebaiknya selari dengan ketua dan jangan sekali-kali melepasi ketua atau pun memasuki kawasan pencarian bagi kumpulan lain.
o Jarak bagi setiap anggota sebaiknya jarak yang boleh berkomunikasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan