. Periksa bering anda dari kompas setiap 50 ela perjalanan.
2. Senantiasa melihat peta mencari tanda panduan yang terkemuka ( prominent ) semasa anda bergerak.
3. Ikut bering dengan teliti, selalunya menjadi kebiasaan untuk mencari jalan yang senang apabila anda bergerak di hutan.Telah menjadi kebiasaan juga bagi anggota-anggota untuk melencong ke kiri atau ke kanan apabila bergerak mengikut perjalanan yang lurus.
4. Semasa bergerak tanpa menggunakan kompas, simpan arah dengan menyelarikan dua panduan di hadapan anda mengikut bering yang anda sedang atau akan berjalan.Cara ini berguna apabila bergerak di dalam hutan.
5. Pastikan semua tanda panduan yang di catat di dalam rancangan pergerakan apabila berjumpa dengan tanda-tanda panduan itu.Denai-denai mesti di kenali tetapi dicurigai ketetapan perjalanannya.Pastikan arah aliran sungai dan jangan selalu mengambil kesimpulan bahawa sungai yang baru sahaja di temui itu adalah sungai yang terdapat di atas peta.Ingat!!! Tidak semua sungai kecil ditunjuk di peta.
6. Jika ada kemungkinan anda akan terpaksa menggunakan jalan yang sama untuk pulang, sekali-sekala pusing ke belakang dan cuba bayangkan gambaran yang anda lihat.Ini akan menolong anda mengingati semula jalan yang anda lalui di dalam perjalanan pulang.Jalan itu juga boleh ditandakan dengan mematahkan dahan-dahan kayu atau membuat tanda-tanda di pokok.Anda harus ingat, musuh juga boleh menggunakan tanda-tanda ini untuk menjejaki anda.
7. Agak jarak yang dijalani dan ingat apabila menaiki dan menuruni bukit.Anda akan berasa telah berjalan jauh dari jarak yang telah anda sebenarnya berjalan.Mengira langkah adalah satu cara yang di curigai kecuali jika tanah yang dilalui rata.Pengalaman dan akal fikiran adalah panduan yang paling baik.
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan