PENGENALAN
1. Sebagai seorang jurulatih, anda mestilah boleh mencari kedudukan dan arah perjalanan di sesuatu kawasan apabila peta kawasan itu tidak tepat atau tidak ada.Didalam keadaan sedemikian, pemerhatian yang baik dan pengetahuan bantuan-bantuan semula jadi adalah sangat mustahak.
2. Untuk mengesan daya pemerhatian yang baik, adalah perlu banyak membuat latihan pengecaman dan biasa mengorientasikan diri dalam hutan.
TUJUAN
Tujuan ringkas ini ialah untuk menceritakan cara-cara menyimpan arah dan mengesan daya pemerhatian yang baik.
MENYIMPAN ARAH DI SIANG HARI
1. Pembacaan peta yang cekap di perlukan untuk pergerakan yang tepat di siang hari.Darjah kecekapan yang diperlukan bukan hanya dengan kebolehan mengikut jalan dari denai atau mengenali liku jalan dan tanda-tanda panduan.Seseorang pembaca peta yang baik dapat membayangkan keadaan tanah sebelum ia dapat melihatnya sendiri.Ini akan membolehkannya memilih jalan yang paling baik untuk pergerakan.Untuk berbuat demikian, adalah perlu untuk mengkaji dahulu garisan-garisan kontur , cerun-cerun, tanda-tanda panduan arah mana sungai-sungai mengalir dan segala maklumat berkenaan jenis keadaan muka bumi kawasan itu.
2. Arah matahari.Dengan bantuan sebuah jam tangan, arah ke utara boleh di dapati dengan tepat.
(a) Di Hemisfera Utara (Northern Hemisphere).Letakkan jam datar dengan jarum jam menghala ke Matahari.Selatan sebenar akan berada di arah tengah-tengah di antara jarum jam dengan pukul 12.
(b) Di Hemisfera Selatan (Southern Hemisphere).Letakkan jam datar
dengan pukul 12 menghala ke Matahari.Utara sebenar akan berada
di tengah-tengah di antara jarum jam dengan pukul 12.
(c) Di kawasan Tropika,cara ini sukar di lakukan untuk mendapat arah yang tepat.Ia
hanya akan melatakkan arah utara dan selatan di dalam lingkungan 5 darjah.
3. Utara Sebenar Mengikut Pergerakan Matahari.Pilih tanah rata yang bebas dari bayang-bayang dimana anda dapat membuat tanda-tanda di permukaan tanah dengan senang.Pacakkan kayu yang lurus tegak di bumi.Lebih panjang kayu itu,lebih baik hasilnya.Kira-kira dua jam sebelum tengahari, tandakan hujung bayang-bayang kayu tadi di atas tanah sebagai C.Dengan bantuan seutas tali, yang diikat di pangkal kayu B,lukiskan suku kayu tadi.Bayang-bayang tadi akan terus memendek sehingga tengahari.Selepas tengahari bayang-bayang akan memanjang semula sehinggalah ia bertemu semula dengan garisan bulatan tadi pada kira-kira dua jam selepas tengahari.Tandakan hujung bayang-bayang kayu itu tadi sebagai D.Cari dan tandakan X di tengah-tengah di antara C dan D.Garisan yang menyambung B dan X adalah garisan Utara-Selatan sebenar.
Rajah : mencari utara sebenar mengikut pergerakan matahari
4. Arah angin.Jika matahari tidak memancar dan anda tidak mempunyai kompas, arah angina boleh menolong anda mencari dan menjaga arah.Ingatkan arah angin bertiup sebelum anda bergerak atau meronda.
5. Pokok-pokok kayu.Ambil perhatian arah tiupan angin dengan mengkaji pokok-pokok dan bentuk rupa mereka setelah di tiup oleh angin.Lumut atau kulat di pokok-pokok selalu terdapat di bahagian Utara pokok-pokok itu.
PERGERAKAN DI WAKTU MALAM
1. Bintang.Di Hemisfera Utara, Polaris atau bintang utara boleh dikenali dengan jelas.Di waktu malam, bintang-bintang yang lain seolah-olah bergerak mengelilinginya, tetapi polaris tidak bergerak.Di kawasan Tropika, polaris tidak dapat dilihat.Yang boleh di buat panduan di sini ialah sekumpulan bintang-bintang yang berbentuk anak panah.Anak panah ini senantiasa menunjuk ke hanya boleh dilihat pada malam yang tidak berawan.
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan