Isnin, 16 Mac 2009

NORBASHAH BIN MORAT

Nama Penuh: Norbashah bin Morat. Lebih mesra dipanggil Pak Lang Bashah (Bukan Geng 3 Line) Tinggal di Kg. Pulau Maharaja, Mukim Padang Perahu, Jitra Kedah. Perkerjaan sekarang ialah berniaga (kontraktor). beliau seorang yang aktif di dalam persatuan NGO. Antara persatuan/kelab yang pernah dianggotainya ialah:


  1. Pertubuhan Belia 4B Malaysia cawangan Kg. Pulau Maharaja (Jawatankuasa)

  2. Pasukan Pengakap Kelana 'B' Daerah Kubang Pasu (Pemimpin)

  3. Persatuan Rekreasi dan Kegiatan Luar Daerah Kubang Pasu (Jawatankuasa)

  4. Persatuan Rekreasi dan Kegiatan Luar Negeri Kedah (Bendahari)

  5. Kelab Kembara Negeri Kedah (Pengerusi)

  6. Pemuda UMNO Bahagian Jerlun (Timbalan Pengerusi Tetap)

  7. UMNO Cawangan Pulau Maharaja (Pernah menjadi Ketua Cawangan)

  8. Majlis Belia Daerah Kubang Pasu (Ahli Jawatan Kuasa)

  9. dan lain-lain lagi pertubuhan........


Di samping itu beliau juga pernah menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian dan Bintang Khidmat Masyarakat dari Tuanku Sultan Kedah. Pernah juga mendapat Surat Kepujian dari Ketua Pengakap Negara Malaysia.

Beliau seorang yang baik dan amat senang untuk didekati dan dihormati oleh semua orang termasuk mereka yang tidak senang dengannya. Ada juga kelemahannya (tak payahlah saya catatkan di sini).

Beliau juga adalah jurulatih rekreasi luar dan Pemegang Manikayu Pengakap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan