Rabu, 11 Mac 2009

MERANCANG EKSPIDISI

1. PENGENALAN
a. Sesuatu ekspidisi yang anda hendak lakukanhendaklah dirancangkan terlebih dahulu. Perancangan adalah merupakan teras kepada proses perlaksanaan. Sesuatu ekspidisi tidak akan terlaksana secara sewenangnya tanpa mengalami proses perancangan. Kejayaan sesuat ekspidisi adalah bermula dari perncangan yang berkesan.
b. Merancang yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja perancangan yang melibatkan ekspidisi di dalam bentuk yang tersusun atau organisasi yang dimaksudkan bagi sesuatu organisasi. Jika ekspidisi itu dibuat bagi diri sendiri (dua atau tiga orang rakan) tanpa melibatkan organisasi, maka ia dikenali sebagai aktiviti persendirian. Walau bagaimana pun, kedua-duanya memerlukan perancangan. Sesuatu perancangan itu bila dilahirkan di dalam bentuk bertulis yang lengkap, menyeluruh, maka ia dinamakan kertas kerja atau kertas projek.
2. MAKLUMAT
a. Langkah awal bagi merancang ialah mendapat seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai lokasi di mana aktiviti akan di adakan dan mengenai sumber-sumber yang ada sekitarnya. Perancangan akan tergendala tanpa maklumat berkaitan. Contohnya seseorang itu tidak dapat menganggarkan waktu yang mengcukupi bagi sesuatu perjalanan jika tidak mempunyai maklumat jarak dan bentuk muka bumi. Maklumat-maklumat dapat diperolehi dengan menggunakan beberapa sumber seperti individu tertentu, laporan ekspidisi yang telah lalu, dari berita atau rencana akhbar atau majalah dan lain-lain sumber. Malah apa yang terkandung dalam buku ini boleh merupakan satu sumber bagi maksud perancangan ekspididsi.
i. Cuaca / Musim : Berguna bagi maksud merancang jenis peralatan khusus, langkah keselamatan dan lain-lain.
ii. Jarak: Untuk mengangar masa dan cara bergerak
iii. Bentuk Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa, pemilihan laluan, cara mengatasi halangan, pemilihan lokasi bagi tempat berkhemah dan lain-lain.
iv. Sistem Perhubungan: Bagi merancang cara pergerakkan, menganggarkan masa pergerakan, merancang pembawaan keluar bagi pesakit, pemilihan lokasi-lokasi seperti tempat untuk menaiki kenderaan dan lain-lain.
v. Amaran / Bahaya: Maklumat ini akan menentukan tindakan keselamatan.
vi. Kemudahan: Maklumat seperti terdatnya klinik / hospital, balai polis, rumah tumpangan, kedai dan lain-lain.
vii. Kadar harga: Kadar harga seperti tambang, sewaan, upahan, pembelian, permit, perkhidmatan dan lain-lain kadar akan membantu kea rah anggaran perbelanjaan.
b. Contoh-contoh maklumat yang telah dihuraikan di atas adalah berhubung dengan kawasan di mana ekspidisi yang akan dijalankan. Bagi maklumat yang berhubung dengan sumber yang sedia ada pula, berikut ialah di antara contohnya:-
i. Tenaga Manusia: Maklumat seperti kepakaran seseorang, pengalaman kebolehan dan kepimpinan yang ada di dalam organisasi dan yang berhampiran, boleh membantu dalam arah merancang organisasi bagi ekspidisi dan seterusnya bagi perlaksanaan ekspidisi.
ii. Material: Maklumat-maklumat seperti kedudukan kewangan yang ada, sumber-sumber kewangan seperti peruntukan, bantuan, sumbangan, penajaan, peralatan yang ada dan sumber-sumber bagi bantuan memimjam atau membeli peralatan itu, tempat berlatih dan lain-lain akan memabntu kea rah merancang keperluan logistic dan perbelanjaan.
c. Selain daripada itu, maklumat-maklumat mengenai peraturan, prosidur tertentu jua akan memudahkan kerja-kerja merancang. Contohnya maklumat mengenai peraturan bagi meminta kebenaran atau menempah kawasan aktiviti akan memudahkan tugas merancang kea rah tarikh bila harus dibuat dengan pihak berkenaan dan berapa wang pendahuluan harus disediakan jika berkaitan.
d. Kadang-kadang sesuatu maklumat yang ingin diketahui itu tidak dapat diperolehi segera kerana sebab-sebab tertentu atau timbul pula keperluan baharu bagi mengetahui sesuatu maklumat lain bagi menerangkan sesuatu perkara. Kedua-dua situasi ini menyebabkan perancangan mengambil masa. Disini nyatalah bahawa proses mengumpul maklumat itu berlaku sekali gus dengan proses merancang. Malah bagi mendapatkan maklumat itu sedikit perancangan harus dilakukan seperti bagaimana ia boleh diperolehi. Walaupun kertas kerja itu dibuat dalam waktu tertentu tetapi proses perancangan telah berlalu lebih dari itu samada melalui catatan atau ingatan mental. Namun demikian sewaktu menghasilkan kertas kerja itulah peranvangan kerja yang lengkap dan muktamad dibuat.

3. Tujuan
3.1 Perkara pertama yang perlu diberikan perhatian bagi menetukan tujuan atau objebtif ekspidisi. Kesilapan terbesar apabila merancang ekspidisi ialah apabila objektf titu tidak digariskan. Objektif ekspidisi hendaklah diwujudkan terlebh dahulu sebelum merancang hal-hal lain kerana objektif itu merupakan kehendak yang harus dipenuhi melalui proses perlaksanaan kearah manakah perlaksanaan harus dirancangkan kalau objebtif yang dituju tidak ada. Sesungguhnya keberkesanan sesuatu perancangan itu dapat diukur atau disemak dengan menbandingkan apa yang telah dirancang dengan yang ikehendaki oleh objektif iaitu sebagaimana juga keberkesanan sesuatu aktiviti itu dapat diukur dengan membandingkan apa yang telah dilaksanakan dengan objektif yang telah ditentukan malangnya masih banyak pihak yang kurang mengmbil kira mengenai betapa pentingnya objektif itu.
3.2 objektif itu mestilah melambangkan sesuatu yang ingin dicapai ia hendaklah dinyatakan dengan ringkas terang dan mudah difahami. Biasanya sesuatu ekspidisi itu mempunyai beberapa objektif seperti berikut.
· Memberikan pendidikan keopada peserta terhadap teknik-teknik kegiatan luar.
· Memdedahkan kepada bidang kegiatan luar
· Memberikan latihan kemahiran.
· Memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan kekitaan.
· Mengenal pasti lokasi kepada aktiviti.
· Memberiakn pengalaman praktikal dan teori.
· Menguji ketahanan fizikal dan mental.
· Menggunakan masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
· Melahirkan pemimpin untuk kegiatan luar.
· Menyemaikan rasa cinta dan hormat kepada alam semulajadi.
· Mendidik peserta ke amalan konservesi.

4. Tarikh
4.1 Tarikh yang sesuai hendaklah dipilih berdasarkan kepada maklumat yang ada seperti cuaca, musim dan lain-lain.
5. Organisasi
5.1 Organisasi ialah jentera untuk menggerakkan aktiviti untuk kumpulan oleh itu ia perlu dirancangkan seperti berikut:-
· Penganjur
· Peserta
· Saiz kumpulan
· Syarat Penyertaan
· Kepimpinan
· Jawatankuasa

6. Keperluan Logistik
· Peralatan
· Pengankutan
· Penginapan

7. Persiapan / urusan pentadbiran
· Latihan
· Pemilahan peserta
· Tempahan tempat
· Penyimpanan dan Pembahagian peralatan.
· Dokumentasi

8. Kewangan
8.1 Berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang diperolehi dan yang telah disentuh di dalam perancangan dan yang telah dibuat setakat ini maka anggaran perbelanjaan yang mencukupi bagi membiayai ekspidisi itu. Di antara perkara yang melibatkan perbelanjaan ialah:-
· Bekalan makanan RM A
· Peralatan RM B
· Pengangkutan /upah RM C
· Insuran RM D
· Upacara RM E
· Belanja Runcit RM F
· Kotijensi RM G
· Jumlah RM ???


Daripada jumlah perbelanjaan itu, nyatakan sumber-sumber yang diperolehi samada melalui penaja atau oleh peserta atau lain-lain sumber.

9. Perlaksanaan
9.1 Perlaksanaan ialah bagaimana Ekspidisi itu dilakukan bagi mencapai objektifnya. Merancang perlaksanaan adalah seperti berikut:-
· Tempat berkumpul
· Pergerakan
· Jadual pergerakan
· Jadual aktiviti

10. Keselamatan
10.1 Langkah-langkah keselamatan hendaklah dirancangkan dengan teratur supaya setiap kejadian kecemasan sesuatu tindakan dapat diambil dengan berkesan.

11. Penutup
Huraian bagi merancang ini adalah sebagai panduan sahaja. Beberapa perkara mungkin tidak perlu disentuh apabila sesuatu aktiviti tertentu dirancangkan kerana tiada kaitan atau mungkin ada perkara baru yang perlu disentuh meskipun tidak dinyatakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan