Rabu, 11 Mac 2009

PENGAWALAN DI CERUN

· Keadaan
Umumnya pengawalan-pengawalan dengan menggunakan peralatan-peralatan di atas berkisar kepada tiga keadaan iaitu:-
o Curam ketika mendaki / menaik. Apabila sesuatu kumpulan bertemu dengan keadaan curam yang terpaksa di daki. Jurulatih akan bertindak dengan mendaki dan membuat persiapan rapi di kemuncak, sebelum membuat sebarang usaha menaikkan ahli-ahli yang lain. Kaedah naik ini dinamakan ‘belaying’ atau ‘rope-up’.


o Curam ketika menurun. Untuk mengelakkan dari kesusahan menurun di kawasan curam, kaedah ‘abseiling’ selalu digunakan. Perkataan ‘abseil’ berasal dari perkataab German, iaitu menurun. “Rappel” merupakan perkataan Perancis bagi maksud yang sama. Kaedah abseiling ini pertama kali dipergunakan oleh pendaki Inggeris, Albert Huaemery. Kaedah ini kemudiannya di ubahsuai oleh Dulfer dan Piaz.. Abseiling merupakan aktiviti mengawal dan pemerhatian yang rapi oleh jurulatih. Kemalangan-kemalangan yang berlaku selalunya disebabkan oleh kelalaian kepada persiapan awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan