Memaparkan catatan dengan label Sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sahabat. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2009

AL-FATEHAH UNTUK SEORANG RAKAN YANG DIDIKASI

Pada petang 2hb. September 2009 bersamaan 12 Ramadon 1430, Kita telah kehilangan seorang rakan yang penuh didikasi iaitu Allahyarham Mohd. Shuhami bin Shuib. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di rumah mertuanya di Kg. Kubang Sepat, Jerlun, Kedah pada jam 4.00 petang disisi keluarganya. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di perkarangan Masjid Kubang Sepat pada 3hb September 2009 bersamaan 13 Ramadon 1430. Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Alfatehah kepada roh Allahyarham Suhaimi. Semoga Allah mencucuri keberkatan dan kerahmatan ke atas rohnya.
Dikesempatan ini juga penulis dan keluarga ingin mengucapkan Takziah kepada balu Allahyarham Cikgu Misah dan anak-anak, semoga cikgu dan keluarga akan tabah menempuh hari-hari mendatang.
Selain itu penulis ingin membuka ruangan ini kepada para pembaca yang ingin membuat ucapan takziah kepada Keluarga Allahyarham. Pembaca bolehlah membuat ucapan melalui ruangan komen atau menghantar email kepada penulis iaitu shamahning@gmail.com

Selasa, 5 Mei 2009

KURSUS REKREASI LUAR TAHAP III 2009


Kursus Rekreasi Luar Tahap III telah diadakan di Negeri Sabah. Negeri kedah telah menghantar Saudara Zakaria bin Romle untuk menyertainya pada bulan April 2009.

Isnin, 13 April 2009

Selasa, 17 Mac 2009

ISMAIL BIN HAJI SAID


Nama Penuh: Ismail bin Hj. Said. Bertugas di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis. Nama panggilan rakan-rakan ialah Mail Ukur atau Mail Cacing. Mail Ukur kerana beliau bertugas di Jabatan Ukur, manakala Mail Cacing mungkin kerana perutnya kot. Saya pun tak tahu mengenai panggilan ini. Sahabat saya ini pernah menjadi jurulatih saya semasa saya mengambil Kursus Rekreasi Luar tahap III di Sarawak dulu. Selain dua gelaran di atas, beliau juga dipanggil Mail Orienteering kerana memang beliau seorang yang mahir dalam bidang ini. Ramai anak muridnya dalam sukan orienteering termasuk diri saya. Terima kasih En. Ismail, semoga apa yang anda ajar sentiasa diberkati oleh Allah.

Isnin, 16 Mac 2009

NORBASHAH BIN MORAT

Nama Penuh: Norbashah bin Morat. Lebih mesra dipanggil Pak Lang Bashah (Bukan Geng 3 Line) Tinggal di Kg. Pulau Maharaja, Mukim Padang Perahu, Jitra Kedah. Perkerjaan sekarang ialah berniaga (kontraktor). beliau seorang yang aktif di dalam persatuan NGO. Antara persatuan/kelab yang pernah dianggotainya ialah:


  1. Pertubuhan Belia 4B Malaysia cawangan Kg. Pulau Maharaja (Jawatankuasa)

  2. Pasukan Pengakap Kelana 'B' Daerah Kubang Pasu (Pemimpin)

  3. Persatuan Rekreasi dan Kegiatan Luar Daerah Kubang Pasu (Jawatankuasa)

  4. Persatuan Rekreasi dan Kegiatan Luar Negeri Kedah (Bendahari)

  5. Kelab Kembara Negeri Kedah (Pengerusi)

  6. Pemuda UMNO Bahagian Jerlun (Timbalan Pengerusi Tetap)

  7. UMNO Cawangan Pulau Maharaja (Pernah menjadi Ketua Cawangan)

  8. Majlis Belia Daerah Kubang Pasu (Ahli Jawatan Kuasa)

  9. dan lain-lain lagi pertubuhan........


Di samping itu beliau juga pernah menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian dan Bintang Khidmat Masyarakat dari Tuanku Sultan Kedah. Pernah juga mendapat Surat Kepujian dari Ketua Pengakap Negara Malaysia.

Beliau seorang yang baik dan amat senang untuk didekati dan dihormati oleh semua orang termasuk mereka yang tidak senang dengannya. Ada juga kelemahannya (tak payahlah saya catatkan di sini).

Beliau juga adalah jurulatih rekreasi luar dan Pemegang Manikayu Pengakap.