Definasi
Orienteering ialah suatu sukan di mana peserta dengan berpandukan peta dan kompas dikehendaki mengemudikan dirinya ke titik-titik kawalan yang telah ditandakan di atas peta dan telah ditempatkan di atas mukabumi, mengikut susunan yang tertentu.
Pendahuluan
Inilah dia orienteering - satu sukan rekreasi yang memerlukan pesertanya mengemudikan dirinya sendiri, berjalan atau berlari, menempuh pelbagai variasi rupabumi untk tiba ke distinasi yang telah ditetapkan. Di dalam pergerakan ke beberapa distinasi yang dikenali sebagai titik kawalan, peserta adalah bebas untuk memilih laluannya sendiri dengan berpandukan peta dan kompas.
Orienteering merupakan sukan yang mana memerlukan anda berfikir sambil berlari, walau bagai mana pun anda tidak boleh mengambil masa yang lama untuk berfikir bagi mengatasi masalah pergerakkan anda. Ini adalah kerana matlamat larian dalam Orienteering adalah untuk melawati kesemua titik kawalan dalam masa tersingkat.
Cabaran Fizikal dan Mental
Orienteering bukanlah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan fizikal seperti mana aktiviti larian yang lain. Kemahiran membaca peta merupakan juga elemen yang penting di dalam Orienteering memandangkan anda perlu menentukan laluan terbaik. Ianya sesuatu yang memerlukan imbangan fizikal dan mental yang baik. Seorang pelari yang pantas tanpa membuat perhitungan yang baik terhadap laluannya dengan mudah dapat ditewaskan oleh seseorang peserta yang perlahan lariannya tetapi memberikan tumpuan yang lebih kepada pembacaan peta dan pemilihan laluan.
Sukan Untuk Semua
Orienteering adalah sukan untuk semua - untuk yang muda atau yang tua, menyertainya secara berkeluarga atau dengan hanya dengan berjalan sebagai satu bentuk riadah yang ringan, sehinggalah kepada mereka yang benar-benar cergas yang ingin meningkatkan kemahiran. Terpulanglah bagaimanakah caranya seseorang itu mengambil bahagian – ianya menyeronokkan dan walau apa pun cabarannya ialah untuk menamatkan acara.
Bagaimana Orienteering Disertai?
Di dalam sesuatu acara, anda perlu mendaftar dan memilih landasan yang bersesuaian dengan tahap anda. Setelah diberikan peta, anda perlu menyalin kedudukan titik-titik kawalan dari peta utama dan melakan pergerakkan anda. Di sinilah anda memulakan cabaran – untuk menentukan laluan yang terbaik , untuk anda tiba di titik kawalan dengan mudah dan cepat.
Apabila sampai di titik kawalan, anda perlu menebuk kad kawlan yang dibawa bersama oleh anda, dengan menggunakan satu alat penebut khas. Ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa anda telah tiba di titik kawalan tersebut. Anda akan lakukan ini sehinggalah anda melawati keseluruhan titik kawalan dan melapur diri di titik penamat – dengan ini anda telah berjaya menamatkan landasan tersebut.
Gelanggang Alam Semulajadi
Secara amnya, orienteering dibuat di kawasan hutan, walau bagai mana pun sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana anada boleh berlari kerana orienteering memerlukan anada berlari bukannya merendah di hutan yang tebal lagi bersemak seperti latihan pandu arah. Di Malaysia, kawasan yang paling sesuai adalah kawasan ladang getah atau pun ladang kelapa sawit yang membolehkan anda berlari dengan baik serta memberikan anda pelbagai pilihan laluan. Taman-taman rekreasi yang terbuka seperti Taman Tasik juga sesuai terutamanya bagi mereka yang baru untuk mencuba orienteering.
KEBAIKAN ORIENTEERING
1. Sukan Untuk Semua
Orienteering boleh dan mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat – tidak kira tahap umur, kecergasan atau jantina. Sebagai peserta, ianya tidak memerlukan peralatan atau belanja yang besar – hanya memerlukan sedikit bayaran untuk peta manakala kompas boleh disewa jika perlu. Peserta juga tidak dimestikan memakai pakaian yang khas – memadai dengan memakai pakaian sukan.
2. Meningkatkan Kecergasan Fizikal.
Satu acara yang diadakan dikawasan yang beralun adalah amat, mendaki atau menuruni cerun dan kadang kala terpaksa meredah di kawasan yang tidak rata atau berpaya. Aktiviti ini membantu menguatkakan kaki, sistem degupan jantung dan meningkatkan stamina serta ketahanan – semua ini tidak anda sedari kerana ketika melakukan orienteering tumpuan anda adalah lebih kepada peta.
3. Meningkatkan Kecergasan Mental dan Daya Tumpuan
Orienteering merupakan satu aktiviti menyelesaikan masalah navigasi ketika berlari. Bukan sahaja anda perlu berlari, malah anda perlu untuk berfikir untuk menentukan laluan yang terbaik dan mencari kedudukan titik kawalan. Di dalam keadaan tertentu juga, ketika anda berlari menuruni cerun, anda perlu mengawal langkah anda untuk mengelak dari tersepak akar-akar kayu, lubang-lubang atau batu-batu dan di masa yang sama anda perlu menentukan hala laluan pergerakkan supaya tidak terpesong atau pun tersesat. Kesemua aktiviti ini yang anda lakukan serentak merupakan satu latihan yang baik bagi minda dan kodinasi deria terutamanya kodinasi antara mata dan kaki.
4. Memberi Cabaran dan Keseronokan.
Jika anda inginkan satu aktiviti yang mencabar tetapi mudah untuk disertai – orienteering adalah jawapannya.Anda akan melalui pelbagai keadaan dari yang mudah seperti kawasan rata atau yang terbuka sehinggalah pendakian cerun yang curam lagi licin atau terpaksa meredah hutan atau merentasi kawasan berpaya. Jangan lupa juga bahawa masa tidak menunggu anda. Bolehkah anda bayangkan bagai manakah rasanya setelah berjaya mengatasi keadaan-keadaan yang merumitkan tetapi apabila tiba di distinasi yang dituju, penanda kawalan tidak ditemui – dengan erti kata lain mungkinkah anda tersesat?
Inilah cabarannya, namun setiap kali apabila anda tiba di titik kawalan dan menemui penanda kawalan, satu kepuasan dan keseronakkan sudah tentu akan timbul di dalam diri anda. Lebih menyeronokkan lagi jika anda berjaya menemui kesemua penanda-penanda kawalan setelah mengharungi cabaran-cabaran di sepanjang laluan.
5. Membina Keyakinan Diri dan Sikap Positif.
Anda perlu melakukan sendiri – membaca peta, menggunakan kompas dan menentukan laluan yang anda fikirkan terbaik bahkan anda akan berlari seorang diri. Pernahkah anda meredahi kawasan ladang atau hutan secara berseorangan? Yakinkah anda yang anda dapat melakukannya tanpa ragu-ragu.
Walau apa pun, yang pastinya anda akan cuba seberapa yang boleh untuk mencari dan menemui kesemua penanda kawalan. Anda akan cuba mengatasi segala halangan dan tetap meneruskan pergerakkan walaupun anda menghadapi keadaan yang mencurigakan. Anda yakin boleh – satu sikap positif yang dapat dibina melalui penyertaan acara-acara orienteering dan ini akan membuatkan anda lebih berkeyakinan untuk menghadapi apa jua cabaran dan masalah.
6. Persekitaran Yang Sihat.
Pada kebiasaan orienteering dijalankan di kawasan taman dan hutan kecuali bagi acara orienteering jalanraya. Bagi acara yang dibuat di kawasan yang pertama di sebutkan tadi, keadaan dan persekitaran sudah tentunya nyaman, udara yang bersih dan tenang.
7. Meningkatkan Kemahiran Membaca Peta dan Kompas.
Orienteering memerlukan anda membaca peta dengan baik dan dibantu oleh kompas dagi memudahkan anda mencari titik kawalan. Ini secara tidak langsung membantu anda meningkatkan kemahiran membaca peta dan kompas setiap kali anda menyertai orienteering. Kemahiran ini turut berguna kepada anda untuk mencari jalan atau tempat atau menyesuaikan diri apabila tiba di suatu tempat yang baru.
Kemahiran membaca peta juga turut memudahkan anda menyertai lain-lain aktiviti seperti perkhemahan, mengembara dan mendaki kerana aktiviti-aktiviti seperti yang disebutkan turut memerlukan penggunaan peta dan kompas.
8. Memupuk Sifat Keberanian dan Ketenangan di Dalam Keadaan Cemas.
Apabila berlaku keadaan yang mencemaskan, tindakan yang awal yang perlu dilakukan adalah bertenang dan jangan panik. Walau bagai mana pun bertenang dalam keadaan cemas dan berani menghadapi sebarang kemungkinan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk di buat secara spontan tetapi ianya memerlukan latihan
Tidak Punya Kasut Baru
-
Dulu-dulu saya sering merungut apabila mak dan abah tak mampu membeli
sepasang kasut baru berjenama untuk dipakai seperti yang dipakai oleh
kawan-kawan ya...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan