Selasa, 10 Mac 2009

AKTIVITI BERKAYAK

BERKAYAK

1. LATAR BELAKANG AKTIVITI

1.1. Tempat
Di tepi pantai/sungai

1.2. Masa / Anggaran masa

1.3. Alatan
1.3.1. Kayak
1.3.2. Jaket keselamatan
1.3.3. ‘ Dinghy ‘ atau peralatan
1.3.4. Kotak / alatan peralatan cemas

1.4. Personel
Ketua Jurulatih : Jurulatih Aktiviti
Jurulatih : 3 orang
Pembantu : 1 @ 2 orang

2. SEBELUM AKTIVITI

2.1 Jurulatih

2.1.1 Jurulatih mengenalpasti tempat, lokasi bagi aktiviti berkenaan.

2.1.2 Mengenalpasti arus dan air pasang surut.

2.1.3 Mengenalpasti keadaan cuaca dan musim termasuk hujan, gelombang, rebut dan lain-lain.

2.1.4 Membiasakan diri dengan keadaan tempatan termasuk keadaan laut, cuaca, alam sekitar yang membahayakan seperti batu karang, tukun, bangkai kapal, tanda-tanda nelayan yang sedang memukat ikan dan lain-lain.

2.1.5 Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan aktiviti.

2.1.6 Hendaklah bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta , agihan kumpulan dan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan.

2.2 Peserta

2.2.1 Peserta hendaklah berpakaian yang sesuai untuk berkayak.Gunakan pakaian yang cerah seperti warna kuning, oren atau merah kerana mudah dilihat / atau dikesan di laut.Gunakan baju lengan panjang dan berkasut sewaktu berkayak.Adakan pedoman dan tentukan haluan.

2.2.2 Peserta mesti memakai jaket keselamatan sepanjang masa samada mereka tahu atau tidak tahu berenang.

2.2.3 Peserta tidak dibenarkan berkayak berseorangan.Setiap pergerakan hendaklah mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu.

2.2.4 Peserta tidak di benarkan memakai kasut yang berat dan pakaian yang berat dan sendat yang menyukarkan pergerakan badan.

2.2.5 Peserta hendaklah berada dalam keadaan sihat.

2.2.6 Setiap peserta perlu ada wisel.

2.2.7 Gunakan sarung tangan jika perlu.

2.2.8 Sebelum memulakan aktiviti, semua peserta perlu membuat ‘ warming up ‘.

2.2.9 Botol air dan lain-lain keperluan perlu diikat pada kayak.

2.3 Peralatan

2.3.1 Kayak dan alat kelengkapan seperti paddle, jaket keselamatan dan sebagainya hendaklah berada dalam keadaan baik dan boleh di gunakan.

2.3.2 Kayak hendaklah di lengkapi dengan beg-beg ‘ buoyancy ‘ atau ‘ built in buoyancy ‘.Kayak hendaklah diperiksa untuk memastikan yang ianya tidak bocor.

2.3.3 Kadar bilangan antara kayak dengan peserta hendaklah mengikut kadar yang telah ditetapkan.

2.3.4 ‘Repair Kit ‘ dan alat ganti hendaklah di bawa bersama-sama semasa aktiviti kayak.

2.3.5 Pastikan tali ‘ toggle ‘ ada pada kayak.


2.4 Hal-hal lain

2.4.1 Polis Marin, Pejabat Daerah, Polis Tempatan, tuan rumah, Hospital dan lain
-lain badan yang berkaitan hendaklah di maklumkan tentang aktiviti yang
akan di jalankan.

2.4.2 Rangkakan ‘route’ / perjalanan anda sebelum ekspedisi.

2.5 Taklimat

Taklimat awal berikut perlu diberi kepada peserta untuk makluman dan tindakan.

2.5.1 Corak aktiviti
2.5.2 Pakaian
2.5.3 Makanan / minuman
2.5.4 Waktu bersolat
2.5.5 Langkah-langkah keselamatan

3. SEMASA BERKAYAK

3.1 Teori berkayak

3.1.1 Bahagian-bahagian kayak
3.1.2 Bahagian-bahagian pendayung
3.1.3 Teknil mendayung
3.1.4 Membawa (angkat) kayak
3.1.5 Masuk dan keluar dari kayak
3.1.6 Mengeluarkan air dari kayak
3.1.7 Rescue
3.1.8 Rafting
3.1.9 Membersih dan menyimpan kayak

3.2 Latihan amali / Tunjuk cara

3.2.1 Mendayung ( latihan di darat )
3.2.2 Keyakinan diri di air ( menggunakan jaket keselamatan )
3.2.3 ‘Pairing’ – untuk menentukan pasangan berkayak dibuat oleh jurulatih.

3.3 Langkah-langkah keselamatan

3.3.1 Digalakkan sistem berpasangan ‘buddy system’ lelaki dan perempuan dan
tahap kebolehan berkayak serta berenang.

3.3.2 Memastikan setiap peserta dan jurulatih sendiri untuk memakai jaket
keselamatan pada setiap masa sewaktu berada di kawasan perairan.
3.3.3 Ikatan jaket keselamatan mestilah diikat dengan teknik yang betul dan kuat
supaya jaket keselamatan tidak terlepas daripada badan para peserta sewaktu
berada dalam air.Ini membahayakan dan boleh membawa maut.
3.3.4 Elakkan daripada mendekati batu karang, ‘whirpool’, ‘tide’, ‘rips’, kapal,
perahu dan lain-lain.Beritahu seseorang bila dan kemana anda tuju.

3.4 Peralatan ( penyediaan kayak,bot dan kelengkapan)

3.4.1 Pemeriksa ‘buoyancy’ atau ‘air bags’ dalam kayak.

3.4.2 Pastikan kayak dan pendayung dalam keadaan baik dan sempurna sebelum dibawa ke laut.

3.4.3 Bawa ‘repair kit ‘,alat-alat keselamatan/survival seperti tali,tiub kereta dibawa bersama.

3.4.4 Bot penyelamat ‘dinghy’ perlu ada untuk mengawasi keselamatan peserta.

3.4.5 Bawa kotak pertolongan cemas.

3.4.6 Pastikan bilangan kayak,pendayung dan jaket keselamatan mencukupi.


3.5 Tugas jurulatih

3.5.1 Mempunyai keyakinan dan pengetahuan yang menyeluruh dan lengkap.

3.5.2 Tidak membenarkan seseorang individu melakukan sesuatu melebihi daripada kemampuan.

3.5.3 Mesti tahu keadaan air laut dan alam sekitar.

3.5.4 Faktor keselamatan adalah menjadi perhatian utama.

3.5.5 Berkemampuan mengagihkan tugas-tugas di kalangan pembantu-pembantu.

3.5.6 Mempunyai pengetahuan mengenai tempat bagi mendapatkan bantuan kecemasan semasa membuat ekspedisi.

3.5.7 Mempunyai kebolehan untuk menyelamat dan berenang.





3.6 Urutan perjalanan aktiviti

3.6.1 Bahagikan peserta kepada pasangan berkayak ( pairing ).

3.6.2 Aturkan kedudukan pendayung, kayak dan jaket keselamatan di gigi air.

3.6.3 Doa

3.6.4 Aktiviti

4. SELEPAS AKTIVITI

“ PASTIKAN SEMUA PESERTA SELAMAT “

4.1 Penyelenggaraan alatan

4.1.1 Bersihkan dan simpan semua alatan dengan sempurna.

4.1.2 Pastikan bilangannya mencukupi.

4.1.3 Laporkan alatan yang rosak atua hilang untuk tindakan selanjutnya.

4.2 Rasional / renungan

4.2.1 Terangkan rasional aktiviti yang di jalankan

4.2.2 Adakan sesi renungan

4.3 Jurulatih hendaklah menyediakan Laporan aktiviti dengan menggunakan
borang prosuder kerja aktiviti dalam 3 saliann:

- 1 salinan fail aktiviti
- 1 salinan fail siri kursus
- 1 salinan fail peribadi jurulatih aktiviti

1 ulasan: