Selasa, 10 Mac 2009

TEKNIK ASAS ORIENTEERING

Tidak kira samada pelayaran, penerbangan, rondaan tentera dan juga orienteering, kemahiran navigasi merupakan faktor yang penting. Kemahiran navigasi akan menentukan:-
Samada anda dapat tiba atau pun tidak ditempat yang ditujui.
Samada anda mengikuti laluan yang betul seperti mana yang dirancangkan.
Kepantasan anda untuk tiba.

Peta merupakan satu alat yang utama untuk bergerak dan dibantu oleh kompas. Segala maklumat yang ada dalam peta adalah amat berguna kepada seseorang orienteer di dalam merancang pergerakkan dan menentukan kedudukan semasa bergerak. Pergerakkan dan satu kawalan ke satu kawalan yang lain tidak semestinya dalam satu arah yang lurus iaitu dengan kata lain tidak semestunya mengikut arah kompas 100%. Malah pada satu peringkat dalam landasan mungkin tidak memerlukan kompas langsung tetapi hanya berpandukan peta sahaja.

PERSEDIAAN PETA

Perkara pertama yang patut anda lakukan semasa menerima peta ialah melaras dan menentukan arah utara peta an kompas, ia menentukan kedudukan anda ketika itu.
Untuk mengemudikan diri dengan lancer dan pantas, anda perlu sentiasa melaras peta agar cirri-ciri di atas peta selari dengan cirri-ciri yang sama di atas tanah. Bagi membantu anda berlari dan pada masa yang sama mengetahui kedudukan anda, sebaiknya peta dilipat sekecil yang boleh hanya mempamirkan laluan yang anda ikuti. Peta hendaklah dipegang dengan tangan kiri ibu jari kiri sentiasa mengikuti dan menunjukkan laluan pergerakkan. Ini akan memudahkan anda sentiasa mengetahui kedudukan anada di atas peta serta mengurangkan risiko untuk sesat.

TEKNIK SUSUR TANGAN (HANDRAILS)

Bagi mereka yang baru dalam orienteering. Seseorang itu digalakkan memilih laluan yang menggunakan cirri-ciri sebagai panduan pergerakkan di mana cirri-ciri ini adalah sesuatu yang mudah dikenal pasti dan diikuti di atas tanah. Cirri-ciri yang dimaksudkan ini antara lainya ialah jalan, lorong kaki, sungai , pagar dan sebagainya, dimana ia dikenali sebagai cirri garisan (line feature). Kaedah penggunaan ciri garisan ini dinamakan sebagai Teknik Susur Tangan.

Sebelum memulakan pergerakkan cuba perhatikan apakah cirri garisan yang boleh digunakan sebagai susur tangan. Pastikan ciri tersebut dapat membawa anda seberapa hampir ke titik kawalan yang anda tuju ataupun setidaknya ciri tersebut menghala selari ke arah pergerakan anda walaupun hanya separuh perjalanan sahaja.
Hanya dalam beberapa keadaan sahaja yang anda akan menemui satu cirri garisan yang akan membawa anda benar-benar hamper ke titik kawalan yang anda tujui. Oleh yang demikian terdapat di dalam beberapa keadaan yang lain, anda perlu memilih dan merancang menggunakan beberapa siri garisan dalam sesuatu peringkat larian

TEKNIK-TEKNIK SASARAN

Titik sasaran merupakan satu siri yang jelas untuk digunakan sebagai.

Titik panduan untuk mengubah arah pergerakkan
Apabila anda tidak menggunakan arah kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan dan sebagainya, anda perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakan dari masa ke semasa untuk tiba ke titik kawalan. Oleh yang demikian anda perlu pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk dijadikan panduan di mana apabila tiba di titik sasaran tersebut. Anda akan mengubah laluan samada anda akan melaras kompas semula atau menggunakan pilihan laluan lain.

Ciri Rujukan /sasaran sebelum tiba di titik kawalan.
Selain dari menjadi titik sasaran sebagai panduan tempat untuk mengubah laluan, titik sasaran juga digunakan sebagi satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan yang anda hamper tiba di titik keadaan ini perlulah yang agk hampir dengan sesuatu titik kawalan .Elakan menggunakan banyak ttik-titik Sasaran di dalam setiap peringkat pergerkan anda kerana melengahkan pergerakan.

RELOKASI

Relokasi adalah suatu teknik atau prosedur yang digunakan apabila anda tidak pasti akan
kedudukan sebenar anda atau apabila anda sesat.

1. Jangan panik jika anda rasa anda telah sesat.

2. Jangan bergerak/merayau-rayau tidak tentu arah.

3. Laraskan peta kearah peta utara dan cuba bandingkan corak cirri-ciri yang
anda boleh lihat.

4. Jika anda asih tidak dapat menentukan kedudukn cuba ingt ciri terakhir
yang telah dilaluidan semak didalam peta.

5. Setelan 2 minit dan anda masih sesat ,cuba ergerak kea rah ciri garisan
yang jelas. Dapat kan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik
kawalan.

6. Jika anda risau dan masih ragu-ragu,cuba dapatkan bantuan sesiapa atau
balik ke titik permulaan

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah anda mesti melaporkan diri samada di titik penemat atau titik permulaan sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara.

4 ulasan:

  1. boleh x,,bagi makna y tepat bagi :
    1) klu
    2)check point
    3)blazer

    BalasPadam
  2. fck...x jelas makna tu...bgi lh lebih details...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam