Selasa, 10 Mac 2009

Pengenalan Kepada Peta

Difinasi

Suatu unjuran grafik permukaan Bumi ini yang menunjukkan taburan semua unsur-unsur yang terdapat, termasuk unsur semula jadi dan binaan manusia.

Tujuan
1. Supaya dapat mencari jalan dimerata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah.
2. Supaya dapat memahami keterangan yang diberikan di atas peta.
3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam penyampaian maklumat dan perintah berkenaan pergerakan dan arahan.

Cara Menjaga Peta.
1. Pata adalah satu dokumen yang mudah rosak, jika tidak dijaga dengan rapi terutama sekali di dalam perjalanan.Bekalan peta selalunya tidak mencukupi dan terhad. Dengan itu peta hendaklah dihindarkan daripada basah, Lumpur dan terkoyak.
2. Peta-peta itu hendaklah dibalut dengan plastik supaya tidak terkena air dan terkoyak.
3. Jangan sekali-kali menggunakan pen atau lain-lain bahan tulis yang tidak boleh dipadam.
4. Peta adalah satu dokumen penting, peta hendaklah dijaga dan disimpan yang ditempat yang selamat.

Maklumat digarisan luar peta.
1. Tajuk Peta – selalunya pekan yang penting atau kawasan.
2. Bilangan peta yang tepat untuk dibuat rujukan. Ia mengandungi no. siri, no. syit dan cetakan.
3. Nama penerbit dan tarikh diterbitkan.
4. Garisan sukatan atau sekil. Boleh dibaca di dalam batu, ela dan kilometer.
5. Nama pencetak dan tarikh cetakan.
6. Penunjuk kepada peta-peta penyambung dan peta sempadan negeri lain.
7. Petunjuk peta.
8. Rajah perubahan yang tepat dari utara grid ke utara sebenar. Perubahan tahunan disegi perubahan megnetik diberi disini.
9. Penerangan bagaimana mengambil rujukan peta.

Ketepatan Peta
1. Peta adalah gambaran tanah yang dilukis mengikut sukatan. Walaubagaimanapun tepat peta dibuat, ia adalah gambaran tanah untuk masa peta dibuat. Perubahan-perubahan berikut mungkin telah berlaku sejak ianya disemak.
a) Pekan , jalanraya dan jalan keretapi mungkin telah dibangun dan di bina.
b) Hutan / kebun – mungkin telah dipotong atau ditukat kepada pertanian jenis lain.
c) Garisan pantai – mungkin telah berubah akibat hakisan.
d) Sungai – Arah perjalanan sungai mungkin telah berubah akibat perubahan manusia atau hakisan.

Jenis Peta
a) Climate maps
b) Economic or resource maps
c) Physical maps
d) Road map
e) Meteorological map
f) Political map
g) Geologic map
h) Topographic map
i) Dll

Panduan Grid
Garisan Timuran dan Garisan Utaraan
a) Dalam peta topografi garisan melintang dan garisan menegak dikenali sebagai garisan grid.
b) Garisan grid yang dilukis secara menegak disebut garisan timuran dan garisan grid yang dilukis secara mendatar disebut garisan utaraan.
c) Garisan timuran dinomborkan dari barat ke timur, seperti rajah di bawah:









d) Garisan utaraan dinomborkan dari selatan ke utara. Seperti rajah di bawah.









e) Nombor-nombor garisan timuran dan garisan utaraan dikenali sebagai panduan grid(PG) atau rujukan grid (RG).
f) Kedudukan sesuatu ciri geografi atau objek boleh ditentukan dengan membaca panduan grid atau rujukan grid. Apabila membaca panduan grid, nilai garisan timuran di sebut dahulu dan diikuti oleh nilai garisan utaraan.

Panduan Grid Empat Angka dan Enam Angka
1. Panduan grid empat angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat atau kawasan dalam segiempat sama dalam peta topo.
2. Bagi panduan grid empat angka, dua angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan diikuti oleh dua angka bagi garisan utaraan.
3. Contoh:-








4. Panduan grid enam angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di atas peta topo.
5. Bagi panduan grid enam angka, tiga angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan diikuti oleh tiga angka bagi garisan utaraan.
Contoh:-













2. Skil dan Jarak

Skala ialah nisbah di antara jarak yang diberi dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan tanah.
Terdapat tiga jenis skala iaitu skala lurus, skala penyata dan skala pecahan pengimbang.
Skala lurus adalah satu garisan yang lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama.

Contoh:-



Skala penyata adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan.Contoh:- 1 cm mewakili 5 km
Skala pecahan pengimbang adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah.Contoh:- 1 : 100 000


Ukuran Jarak Menggunakan Kertas

a. Untuk mengukur jarak yang lurus di antara dua titik di atas peta, letakkan tepi sekeping kertas yang lurus menghubungkan kedua-dua titik itu.
b. Tandakan tiap-tiap itu dengan tanda ditepi kertas tadi.
c. Letakkan kertas itu disepanjang garisan skil dengan tanda kiri di ataas 0 dan tanda kanan ke kanan dari 0.
d. Jika tanda kanan jatuh antara 3 dan 4 batu, gerakkan tanda kanan ke atas 3. Ini akan membolehkan anda membaca dengan lebih tepat di atas bahagian pecahan yang kecil.
e. Jarak yang betul ialah dari 0 hingga hingga ke 3 campur jarak yang terdapat pada bahagian yang kecil.
f. Kadangkala perlu diukur jarak-jarak yang tidak lurus umpamanya di sepanjang jalan, jalan itu sebagai beberapa bahagian jarak yang lurus. Letakkan kertas itu dengan menemukan tanda tadi dengan bahagian akhir tadi, pusingkan kertas di sepanjang bahagian kedua dan tandakan. Teruskan untuk bahagian-bahagian yang lain.
g. Menggunakan benang. Selalunya seutas benang yang disertakan bersama jangka sudut boleh digunakan untuk mengukur di atas peta. Ini adalah cara yang baik dan pantas jika dibuat dengan cara yang betul.
h. Jarak diantara dua garisan Grid – Sekiranya anda mengetahui skala sesuatu peta maka adalah mudah untuk mengukur jarak antara dua titik dalam sentimeter dan menukarkan kepada jarak sebenar di atas tanah. Setiap garisan grid di antara satu sama lain adalah satu kilometer manakala jarak melintang dalam satu petak anggaran 1 ½ km.
Kontor
Ø Garisan yang dilukis dengan menyambungkan semua tempat yang mempunyai ketinggian yang sama .
Ø Menunjukkan ketinggian dengan tepat
Ø Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk muka bumi di sesuatu tempat.
Ø Garisan kontur berwarna coklat.
Ø Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dikenali sebagai selang tinggi
Garisan Kontur dan CerunJarak dan susunan garisan kontur dapat menunjukkan bentuk cerun.
a. cerun curam - garisan-garisan kontur rapat di antara satu sama lain.
b. cerun landai - garisan – garisan kontur jarang di antara satu sama lain.
c. Cerun cembung – garisan kontur jarang di atas dan rapat di bawah.
d. Cerun cekung – garisan kontur rapat di atas dan jarang di bawah
e. Cerun sekata – garisan kontur sama jarak di antara satu sama lain.
f. Cerun bertangga – garisan kontur berselang-seli di antara rapat dan jarang

Garisan Kontur dan Bentuk Muka BumiGarisan kontur juga boleh menggambarkan pelbagai jenis bentuk muka bumi melalui keratan rentas.
a. tebing tinggi - garisan kontur berhampiran tepi pantai.
b. susuh bukit - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah rendah.
c. dataran tinggi - garisan kontur di bahagian tepinya rapat dan bahagian tengahnya kosong.
d. rabung - garisan kontur membujur dan rapat
e. lurah - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah tinggi.
f. genting dan pelana – garisan kontur bagi genting dan pelana adalah sama tetapi bagi pelana tidak ada sungai mengalir turun darinya.

Cara Melukis Keratan Rentas Garisan Kontur
Langkah 1 : Lukis garisan lurus melintangi garisan kontur dari A ke B
Langkah 2 : Tandakan pada titik-titik di mana garisan kontur bersilang dengan garisan AB
Langkah 3 : i. Lukis sebuah rangka segi empat tepat di bawah garisan kontur
ii. Panjang rangka adalah sama dengan garisan AB
iii. Lukis garisan-garisan melintang selari dengan garisan A B
iv. Buat skala menegak untuk ketinggian

Langkah 4 : Lukis garisan-garisan serenjang di managarisan-garisan serenjang bertemu dengan garisan-garisan melintang pada rangka
Langkah 5 : Sambungkan titik-titik bagi membentuk lengkungan
Langkah-langkah mentafsir peta topografi ialah:-
a) Perhatikan tajuk peta yang di beri(jika ada)
b) menyatakan kawasan, kedudukan dan arah kawasan
c) anggarkan luas kawasan
d) Kaji ciri-ciri fizikal kawasan kajian
e) Kaji ciri-ciri penggunaan tanah dengan merujuk kepada simbol-simbol yang digunakan seperti simbol untuk tumbuhan semula jadi, tanaman, perlombongan, petempatan dan perhubungan.

2 ulasan:

  1. boleh tak nyatakan cara membaca garisan kontur bumi?

    BalasPadam
  2. boleh nyatakan apa masalah dalam membuat arah dalam unjuran peta kartografi?

    BalasPadam