Ahad, 27 September 2009

PERUTUSAN TAKZIAH DARI YATI


Assalamualaikum..
Takziah untuk keluarga allahyarham.sesungguhnya segala apa yg ada tidak akan kekal..
Allah maha Kuasa.
Tiada pengganti untuk allahyarham.beliaulah madu,beliaulah racun,
beliaulah segalanya..
Tak dinafikan kehilangan beliau amat mendalam dan terasa kekurangan setiap kali ada program kerana segala urusan Beliaulah yg bertungkus lumus menjayakannya.

Yatie,
Penang

Jumaat, 18 September 2009

SALAM AIDILFITRI


Khamis, 17 September 2009

Sedih Atas Pemergiannya


tinie mengucapkan takziah atas pemergian abg mie...
tinie tak sangka program di pantai merdeka adalah program yang terakhir tinie bekerjasama.dan tinie tak sangka itu kali terakhir tinie berjumpa dengan abg mie...
abg mie seorang abg yang begitu prihatin terhadap adik2 nya...
tinie doakan agar rohnya di tempat-tempat org yang beriman. tahun lepas bulan puasa tinie kehilangan abah yang tersayang..abg mie banyak bagi semangat n nasihat pada tinie..
tapi tahun nie tak sangka abg mie yang pergi...
tinie mengucapkan takziah buat abg mie sekeluarga.....

al-fatihah.....amin

tinie...
penggerak rakan muda merbok
pejabat belia dan sukan daerah kuala muda

Jumaat, 4 September 2009

AL-FATEHAH UNTUK SEORANG RAKAN YANG DIDIKASI

Pada petang 2hb. September 2009 bersamaan 12 Ramadon 1430, Kita telah kehilangan seorang rakan yang penuh didikasi iaitu Allahyarham Mohd. Shuhami bin Shuib. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di rumah mertuanya di Kg. Kubang Sepat, Jerlun, Kedah pada jam 4.00 petang disisi keluarganya. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di perkarangan Masjid Kubang Sepat pada 3hb September 2009 bersamaan 13 Ramadon 1430. Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Alfatehah kepada roh Allahyarham Suhaimi. Semoga Allah mencucuri keberkatan dan kerahmatan ke atas rohnya.
Dikesempatan ini juga penulis dan keluarga ingin mengucapkan Takziah kepada balu Allahyarham Cikgu Misah dan anak-anak, semoga cikgu dan keluarga akan tabah menempuh hari-hari mendatang.
Selain itu penulis ingin membuka ruangan ini kepada para pembaca yang ingin membuat ucapan takziah kepada Keluarga Allahyarham. Pembaca bolehlah membuat ucapan melalui ruangan komen atau menghantar email kepada penulis iaitu shamahning@gmail.com

MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB KEMBARA KEDAH

Majlis Berbuka Puasa Kelab Kembara Negeri Kedah telah diadakan pada 31 Ogos 2009 bertempat di Restoran Sala, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar. Boleh dikatakan hampir semua ahli telah hadir untuk berbuka puasa pada petang itu. Majlis ini juga telah mengeratkan ikatan setiakawan antara ahli dan keluarga. Ramainya ahli yang datang bersama keluarga.
Belum boleh berbuka lagi la bang oi..

Geng yang ada famili

Budak-budak bujang
Keluarga Bahagia.
Tengok anak sama, nanti anak lekat tulang

Yang ni mana keluaga? Mungkin tak berkeluarga lagi.